Tak sempat konvokesyen

Tak sempat konvokesyen |Alor Setar: Kakitangan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara di sini, maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh treler ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Pekan Alor Janggus, di sini, pagi tadi.

Ketika kejadian mangsa, Sharifah Suriani Syed Mahadzir, 24, dari Kampung Hilir, Kubang dikatakan berada di hadapan lori berkenaan sebelum dirempuh lori itu sebaik lampu isyarat bertukar hijau kira-kira 9 pagi.

Menurut bapa mangsa, Syed Mahadzir Syed Ahmad, 57, Allahyarham anaknya dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum dilanggar lori berkenaan dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Allahyarham anak keempat daripada enam beradik, graduan Ijazah Sarjana Sains Maklumat Perpustakaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok yang baru menamatkan pengajiannya Julai tahun lalu.

“Allahyarham juga baru bekerja di Pusat Sains itu tidak sampai setahun dan sedang menunggu hari konvokesyen yang dijadualkan pada Mei ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Mahadzir berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kampung Hilir, Kubang Rotan dan akan dikebumikan di kawasan perkuburan Islam di kampung itu selepas Asar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.55 pagi tadi di persimpangan lampu isyarat Pekan Alor Janggus.

Ia berlaku apabila mangsa yang berada di hadapan lori (lorong kanan) dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori treler yang turut hendak membelok ke kanan menyebabkan mangsa terjatuh dan maut di tempat kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu menyebabkan kematian.

Tags: #Tak sempat konvokesyen

Let’s block ads! (Why?)

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lfC9z8 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment