Nampaknya sejak dua tiga hari ini isu valet doa atau upah bacaan doa di depan Makkah telah menjadi sebutan ramai selepas pendedahan yang dilakukan oleh Pseudoscience Watch tentang sebuah syarikat yang menawarkan bacaan doa di Mekah untuk mereka yang tidak mampu ke sana dengan membayar kepada mereka sebagai perantaraan.
Pendedahan ini membuatkan ramai netizen telah mengecam perniagaan berkenaan di mana rata-rata mereka menyifatkan perniagaan ini sebagai penunggang agama.
Terbaru, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan telah memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya di mana beliau menyatakan tidak menyangka valet doa ini benar-benar wujud selepas beliau sendiri menghubungi nombor yang disertakan.
Beliau dalam statusnya itu telah memuatnaik sekeping gambar screenshot perbualannya dengan penyedia valet doa berkenaan.
Apa yang menarik upah bacaan doa ini siap disertakan promosi harga dimana untuk pelanggan yang 333 orang terawal hanya perlu membayar RM1000 dan mereka selepas itu perlu membayar RM2000 dengan pelbagai pakej ditawarkan.
Hasil pemerhatian kami di laman Facebook berkenaan, perkhidmatan itu boleh didapati dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang telah ditawarkan.
Menurut pemilik akaun berkenaan, perkhidmatan itu diwujudkan untuk memudahkan mereka yang tidak berkemampuan ke Mekah dan berdoa di sana di mana pengirim boleh memilih mana-mana tempat di Tanah Suci untuk doa mereka dibacakan.
Apapun, kita tunggu jawapan daripada mereka yang paling pakar dalam hal ini. – Siakapkeli.my
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lfFRst .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment