Ramai kecam khidmat Valet Doa

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 18 Jamadilawal 1438H, Rabu – Belum ‘sejuk’ isu khidmat belajar mengaji Al-Quran dengan kadar RM33,000 di atas pesawat mewah, kini timbul pula tawaran perkhidmatan kiriman doa di Tanah Suci atau Valet Doa, tular di laman sosial.

Perkhidmatan itu kian rancak dijalankan menerusi laman sosial dengan tawaran pakej harga serendah RM250 hingga RM7,000, dikendalikan oleh individu bernama Nasrin Harin atau Haji Arin.

“Dah bertahun berdoa tetapi hajat belum makbul juga? Valet Doa bantu anda berdoa depan Kaabah, confirm makbul cepat! Bermula Mac 2017,” demikian iklan pengenalan perkhidmatan tersebut di laman Facebook Valet Doa.

Iklan berkenaan mendapat lebih 11 ribu perkongsian dan komen oleh pengguna laman sosial Facebook.

Berdasarkan tinjauan Ismaweb di laman Facebook berkenaan, rata-rata netizen mengecam dan kesal terhadap perkhidmatan yang ditawarkan dan menyifatkan ia sebagai servis melampau serta memperlekehkan agama Islam.

Pemilik akaun Hafiz Zain kesal dengan perkara tersebut dan menyifatkan perkhidmatan Valet Doa yang ditawarkan itu sebagai menjual dan mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi.

“Penunggang agama! Sampaikan doa pun mahu buat pakej berniaga. Patutlah akhir zaman Nabi pesan, memang akan muncul geng-geng penjual agama, berselindung di sebalik watak zuhud. Semoga diberi hidayah,” kata Fuad Othman.

“Ini semua salah satu cabang sampah agama dan masyarakat yang menjadi barah yang mendatangkan fitnah ke atas Islam dan masyarakatnya. Mohon bertaubat wahai penjual agama,” kata Afirda Al Haura.

Kebanyakan netizen juga menggesa supaya orang Islam dan pengguna laman sosial melaporkan akaun Valet Doa supaya promosi berterusan mengenai servis berkenaan dihentikan.

“Baiklah kita report page ini. Memperjudikan agama. Saya bukanlah alim ulama, masih banyak ilmu yang saya tidak dalami lagi. Tetapi saya rasa cara begini. Mari ramai-ramai kita report page ini. Bukan macam ni untuk berniaga,” kata Ema Au’zir.

“Report je page ni ramai-ramai supaya tutup. Page jahiliyah,” kata Sue Kamaruddin.

Perkhidmatan berkenaan turut mendapat perhatian oleh netizen bukan Islam yang menganggap tawaran servis itu sebagai perkara ‘bodoh’ dan tidak masuk akal.

“This is the commercialisation of faith. Saya sebagai orang bukan Islam pun tahu betapa bodohnya untuk membayar seseorang untuk membaca doa atas pihaknya apabila berhadapan Kaabah.

“Stop cheapening religion. As if things weren’t bad enough. Do not degrade the purity of faith, and the sanctity of belief,” kata Choong Boon Siew.

Ismaweb cuba untuk menghubungi nombor yang tertera pada iklan perkhidmatan tersebut, namun ia tidak dijawab.

The post Ramai kecam khidmat Valet Doa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2kp8Jie .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment