Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin
BANGI, 18 Jamadilawal 1438H, Rabu – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri meminta perniagaan Valet Doa segera dibatalkan bagi mengelakkan fitnah dan eksploitasi ibadah.
Katanya, perkhidmatan itu adalah sama sekali tidak menepati syariat Islam kerana tiada dalam sejarah dan adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian.
“Kami berpendapat, ia adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat.
“Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian. Hatta bila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar RA dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar RA,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejak beberapa hari ini, telah tular di media sosial iklan Valet Doa yang menawarkan khidmat doa di Makkah dengan slogan ‘Doa Anda, Kami Baca, Di Makkah’ dengan beberapa pakej bayaran berbeza.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha memberi peringatan kepada umat Islam agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan tawaran tersebut.
Katanya, adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam.
“Doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Allah SWT. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berdoa di mana sahaja mereka berada. Doa perlu menepati syarat dan adab agar ia dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama’.
“Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT.
“Pakej valet doa ini jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam,” katanya.
The post Mufti Wilayah, Jakim tolak Valet Doa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2liDCV4 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment