POK WEIL Dipergunakan PAS, Ala-Ala MAT Terey

PAS Kawasan Seberang Takir yang diterajui bekas calon PAS PRU 13, Zakaria Dagang telah meluluskan satu artikel di portal buletinonline dimana portal ini hak milik PAS Terengganu

Artikel yang bertajuk “Dihalau MB Kerana Minta Bantuan Persekolahan” itu yang disertakan video yang berdurasi 2 minit 12 saat yang mana menyatakan bahawa Pok Weil atau nama sebenar Wan Ismail Wan Awang,62, telah dihalau MB ketika pergi berjumpa untuk memohon bantuan persekolah untuk anaknya.

“saya nak minta bantuan (untuk) anak sekolah, saya orang yang (giliran) ketiga…….(bila) saya masuk…..dia kata tak ada bantuan, 

“lepas tu dia hambat…..(lepas) tu saya pun lari, saya pun malaslah (nak tunggu),

Pagi ini apabila wartawan Terengganu Times kerumah Pok Weil untuk kesahihan berita tersebut, beliau mendakwa telah disuruh bercakap sepertimana dalam video berkenaan dan pakai berlogokan BN itu telah berikan oleh seorang yang bernama POK MAT.

Komspirasi yang berniat JAHAT itu terbongkar apabila telah disahkan oleh isteri beliau Maimun Taib,56, dimana pada 3 hari lepas POK WEIL telah didatangi oleh 2 orang yang tidak dikenalinya.

Kata Maimun, salah seorang yang datang itu bertubuh besar dan tinggi serta berkulit gelap dan mengikut kata Pok Weil pula orang itu dikenali beliau.

Pok Weil turut menyatakan 2 orang itu tinggal di Kampung Paya dan Kampung Duyong yang mana bersebelah dengan kampung beliau disini dan secara tidak langsung Pok Weil membawa wartawan Terengganu Times kerumah kedua-duanya.

Nyata dalam hal ini Pok Weil telah dipergunakan oleh PAS untuk politik jahat yang telah digunakan sejak sekian lama dan memburukan UMNO serta kerajaan BN Terengganu terutama ADUN Seberang Takir Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar Terengganu.

Selain itu juga isteri beliau turut menceritakan kisah daya ingatan Pok Weil yang mana kemalangan beberapa tahun lalu dan kini kesan itu membuatkan Pok Weil mudah dipergunakan oleh orang yang berniat jahat kepadanya dan keluarga.

Katanya, adakalanya Pok Weil disuruh pergi ke pajabat DUN atau program-program yang mana orang ramai berkumpul dan meminta duit serta apa sahaja yang ada.

‘Pok Weil ni.. ingatan tidak berapa baik dan disebabkan kemalangan beberapa tahu lalu dan juga faktor usia beliau senang dipergunakan oleh individu untuk kepentingan’.

“Pok Weil kadang kala ingat… dok ingat apa yang dia cakap…, kadang-kadang dia cakap sorang-sorang dan merapu akibat dari kemalangan itu’”, ujurnya lagi.

Selain itu, Pengerusi J3K Teluk Ketapang Mohd Suhaimi Muda yang menyatakan Pok Weil telah  menerima bantuan sara hidup Maidam, Dana persekolahan, bantuan baiki rumah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), zakat, dana raya, dana warga emas dan banyak lagi.

“Kita tidak pernah mengabaikan keluarga Pok Weil ini dan setiap kalinya ada peruntukan beliau antara orang yang diberi penekanan dan kecaknaan bagi memastikan beliau menerima semua sumbangan serta bantuan kerajaan,

“Setakat hari ini, Pok Weil tidak pernah sekali pun tercicir dalam senarai penerima bantuan bagi kampung ini, ujurnya.

Tambanya, kecaknaan YAB MB terhadap golongan ini cukup diambil berat terutamanya di DUN Seberang Takir ini serta Kuala Nerus.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lPD99H .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment