Mayat 2 Suspek Pembunuh Kim Jong-nam Dijumpai

KUALA LUMPUR – Mayat dua wanita disyaki pembunuh abang tiri diktator Korea Utara, Kim Jong-Un iaitu Kim Jong-Nam, dikatakan telah dijumpai, menurut pembaca berita ABC News Korea Selatan, Joohee Cho.

Dalam satu kiriman kicauan yang dihantar pada sekitar pukul 1.30 petang Rabu, Joohee telah menyatakan bahawa tubuh dua orang wanita yang belum dikenal pasti identiti mereka itu telah dijumpai oleh polis Malaysia.

Bagaimanapun, kenyataan eksklusif ini masih belum lagi disahkan secara rasmi oleh mana-mana media arus perdana mahupun pihak berkuasa.

Semalam, berita pembunuhan Jong-Nam dengan cara semburan racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Jong-Nam yang terpaksa hidup dalam buangan di luar negara sejak 2001 merupakan anak lelaki sulung pemimpin sebelumnya iaitu Kim Jong-Il.

Jong-Nam malah menyembunyikan diri di negara ini selepas bapa saudaranya, Jang Song-Thaek dibunuh kejam oleh Jong-Un pada tahun 2014.

Mendiang yang sudah berkahwin dan mempunyai anak; sebelum ini pernah terselamat daripada cubaan membunuh di Macau, China pada tahun 2011.

Jong-Nam dilahirkan hasil hubungan sulit ayahnya bersama Sung Hae-Rim, iaitu aktres kelahiran Korea Selatan yang meninggal dunia di Moscow, Rusia. – MYNEWSHUB

 

 

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lJSUD3 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment