Pengasas Valet Doa tak peduli kecaman, tetap teruskan perkhidmatan

SHAH ALAM, 19 Jamadilawal 1438H, Khamis – Pengasas Valet Doa, Hasrin Harin, 40, yang dikecam orang ramai setelah viral perniagaannya, bertegas untuk tetap menjalankan perkhidmatan itu.

Ini kerana, katanya, perkhidmatan membacakan doa di hadapan Kaabah itu bertujuan memudahkan individu mempunyai masalah tidak dapat pergi menunaikan umrah dalam masa terdekat.

“Ini termasuk individu yang tidak berkemampuan untuk pergi kerana halangan seperti sakit atau terbabit dalam kemalangan. Saya yakin perkhidmatan dengan dijalankan ini, saya bukan membawa orang ramai melakukan maksiat,” katanya yang dipetik daripada HMetro.

Malah, beliau berkata, usaha dilakukan itu bukannya perkara main-main kerana jika dia berniat tidak baik sudah pasti akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak.

“Saya ajak orang berdoa ingat pada Allah. Perkhidmatan seumpama ini sebenarnya sudah lama dibuat namun tiada pihak melakukannya secara terurus atau mengiklankan perkhidmatan mereka. Bab doa termakbul yang saya nyatakan turut dirujuk daripada hadis sahih.

“Memang ada hadis menyatakan tempat tertentu apabila kita berdoa pasti dimakbulkan Allah SWT, terutamanya ketika berada di Makkah,” katanya.

Semalam, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri meminta perniagaan Valet Doa ini segera dibatalkan bagi mengelakkan fitnah dan eksploitasi ibadah.

Katanya, perkhidmatan itu adalah sama sekali tidak menepati syariat Islam kerana tiada dalam sejarah dan adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula memberi peringatan kepada umat Islam agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan tawaran tersebut.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam.

Beliau berkata, pihaknya menyarankan umat Islam memberikan maklumat kepada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam.

Semalam, rata-rata netizen di laman sosial meluahkan rasa kesal terhadap kewujudan akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Valet Doa’ bagi memperkenalkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah.

The post Pengasas Valet Doa tak peduli kecaman, tetap teruskan perkhidmatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lMUPqq .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment