Pemuda UMNO tak arah ahli sertai Perhimpunan RUU 355

KUALA LUMPUR, 19 Jamadilawal 1438H, Khamis – Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan menghalang ahlinya untuk menyertai Perhimpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 anjuran PAS, yang akan diadakan Sabtu ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, ia merupakan keputusan dan pendirian Pemuda UMNO terhadap perhimpunan yang akan diadakan di Padang Merbok dan telah mendapat kelulusan pihak polis itu.

“Kita tidak boleh menghalang sesiapa pun dari menyertai perhimpunan itu. Itu pendirian dan keputusan kita,” katanya selepas mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini.

Khairul Azwan berkata, beliau secara peribadi juga akan menyertai perhimpunan berkenaan jika berkesempatan.

Dijangka sebanyak 200,000 orang hadir ke perhimpunan yang bertemakan ‘Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera’ itu.

Pada 24 Nov lepas, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.

Dalam perkembangan lain, Khairul Azwan berkata, Pemuda UMNO mengalu alukan keputusan Kabinet, hari ini yang akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.

“Ini satu langkah awal yang baik. Namun saya harap tiada sebarang spekulasi sehingga pasukan petugas khas ini selesai menjalankan siasatannya,” katanya. – Bernama

The post Pemuda UMNO tak arah ahli sertai Perhimpunan RUU 355 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2krMiJa .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment