JOHOR BAHRU, 23 Jamadilawal 1438H, Isnin – Kerajaan Johor disyor mengeluarkan arahan melarang remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya, termasuk di jalan raya atau lokasi tertentu pada lewat malam.
Cadangan itu dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai tindakan susulan berlakunya kemalangan meragut nyawa lapan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah awal pagi Sabtu.
Beliau berkata, larangan itu perlu dikuatkuasa bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.
Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau telah meminta polis untuk bertindak, namun tindakan yang keras dari sudut perundangan tidak boleh dilakukan berikutan mereka yang terlibat adalah remaja bawah umur.
“Polis ada kuasa yang terhad untuk mengawasi mereka yang bawah umur.
“Jadi kerajaan negeri sendiri boleh mengambil satu ketetapan untuk melarang budak-budak ini daripada berkeliaran pada waktu malam khususnya di kawasan jalan raya utama yang berbahaya seperti ini,” katanya.
Mengulas lanjut Jazlan berkata, dengan arahan larangan seperti yang dicadangkan, polis dapat mengambil tindakan dengan kerjasama pihak yang menyelia lokasi keberadaan sesebuah kumpulan remaja bawah umur.
“Saya bukan suruh kurung mereka, tapi melarang budak-budak ini daripada berkeliaran pada waktu malam. Tambah lagi di kawasan jalan raya utama yang berbahaya.
“Saya lontarkan cadangan ini, dan kita sanggup bekerjasama dengan pihak pihak berkenaan untuk melaksanakannya,” katanya.
The post Menteri cadang Johor kuatkuasakan larangan remaja keluar lewat malam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lYYaTk .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment