BAGHDAD, 23 Jamadilawal 1438H, Isnin – Lebih 350,00 kanak-kanak dilaporkan terperangkap di bandar bergolak di Mosul ketika tentera Iraq melancarkan satu operasi baharu ke atas militan Daesh.
Pengarah Save The Children, Maurizio Crivallero memberitahu, kanak-kanak itu tidak untuk mampu melarikan diri dan mereka berisiko dibunuh oleh kumpulan militan berkenaan.
“Menyedihkan juga mereka kehabisan bekalan makanan, air dan ubat-ubatan. Inilah realiti pahit kanak-kanak di barat Mosul sekarang.
“Bom di merata tempat, di situ juga mereka terkena tembakan dan kebuluran. Jika mereka cuba melarikan diri, mereka mungkin ditembak dan dibunuh,” katanya.
Sehubungan itu Maurizio memberi amaran agar pihak bertanggungajawab mengambil langkah-langkah melindungi kanak-kanak itu.
“Pasukan Iraq dan sekutu mereka, termasuk Amerika Syarikat dan UK, perlu melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga mereka daripada bahaya, dan mengelakkan (serangan) bangunan awam seperti sekolah dan hospital,” katanya.
Pemerintah Iraq melancarkan kempen serangan untuk menawan semula Mosul pada 17 Oktober, dan mengisytiharkan timur Mosul dibebaskan sepenuhnya pada 24 Januari.
Tentera bersekutu kini menghadapi satu cabaran paling sukar melalui jalan-jalan sempit di Bandar Lama di tebing barat Mosul, yang menjadi laluan utama untuk banyak kenderaan tentera.- Agensi
The post Lebih 350,000 kanak-kanak terperangkap di Mosul appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mdb1xt .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment