Cuepacs tolak cadangan kurangkan jumlah penjawat awam

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilawal 1438H, Rabu – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak cadangan pihak tertentu yang menggesa kerajaan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, gesaan itu adalah perkara yang tidak munasabah kerana ia tidak prihatin terhadap nasib kakitangan bawahan seperti golongan B40 dan M40.

Beliau turut membidas sesetengah pihak yang sebelum ini mendakwa Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, sebaliknya Azih menjelaskan ia hanyalah 500,000 kakitangan sahaja.

Katanya, zaman kini berbeza dengan sebelumnya seiring pertambahan penduduk dan pelancong luar yang sekali gus menjadikan tugas kakitangan awam kian bertambah.

“Situasi semakin membebankan apabila ada jabatan yang kekurangan kakitangan seperti sektor pendidikan dan kesihatan.

“Bayangkan, seorang guru terpaksa mengajar lebih 40 pelajar dalam satu masa dan manakala seorang doktor terpaksa merawat ramai pesakit di klinik daerah.

“Saya hairan, ….kenapa cadangan ini timbul pada tempoh ‘idah’ nak dekat Pilihan Raya Umum (PRU). Sebagai seorang pesara, beliau (Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim) sepatutnya sumbang idea bagaimana untuk tingkatkan dedikasi, produktiviti dan integriti kakitangan awam” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencadangkan kerajaan supaya mengecilkan saiz perkhidmatan awam selagi mampu berbuat demikian.

Katanya, langkah itu perlu supaya Malaysia tidak terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece.

BERITA BERKAITAN:

Bekas Ketua Setiausaha syor perkecil perkhidmatan awam, elak jadi Greece

http://ift.tt/2liVi2F

The post Cuepacs tolak cadangan kurangkan jumlah penjawat awam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2kJiqV7 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment