Tahun ini, Canon sudah memasuki tahun ke-30 pelibatannya dalam pasaran barangan kepenggunaan di Malaysia. Untuk menyambutnya, Canon Marketing Malaysia Sdn. Bhd. telah mengadakan satu jerayawara selama seminggu di Mid Valley Megamall untuk mempamerkan segala macam produk yang mereka tawarkan.
Turut memeriahkan pameran yang akan berlangsung sehingga Ahad, 19 Februari, ini ialah duta kamera EOS M10 Canon iaitu Janna Nick.
Pengguna boleh menemui mesin-mesin cetak terbaru daripada Canon seperti PIXMA Ink Efficient E470 dan Maxify MB5470 dan juga kamera DSLR terbaru mereka, EOS 5D Mark IV. Kamera mirrorless dengan Electronic View Finder (EVF) yang pertama dalam keluarga Canon, EOS M5, juga menampilkan diri.
Sepanjang 30 tahun bertapaknya mereka di Malaysia, Cenon bukan saja meluaskan jenis produk yang ditawarkan, justeru tenaga kerjanya juga. Daripada 52 sewaktu mula-mula ditubuhkan, mereka kini memiliki 600 kakitangan di seluruh Malaysia. Hasil penerapan falsafah ‘Kyosei’ yang diperkenal Canon pada 1988 telah memacu pertumbuhan jenama itu di mata dunia.
Mereka juga dianugerahkan 12 Putra Brand Award dan pelbagai anugerah daripada Reader’s Digest sejak 17 tahun yang lalu. Tambahan pula, koleksi mesin cetaknya pula telah menerajui pasaran mesin cetak Malaysia untuk 21 tahun berturut-turut.
Pameran yang sedang diadakan di MidValley itu ada menyediakan servis membersihkan kamera dan lensa secara percuma. Jika anda berkelapangan, silalah berkunjung ke pameran tersebut.
The post Canon Ada Dalam Kalangan Kita Sejak 30 Tahun Lalu appeared first on TheSkop.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2kwZSX1 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
 
0 comments:
Post a Comment