Sejak menyertai Gegar Vaganza 3, tahap kesihatan penyanyi Elly Mazlein agak tidak menentu meskipun beliau sudah mendapatkan rawatan di klinik.
Terkejut juga kami apabila Elly mendedahkan beliau menerima beberapa gangguan ganjil yang menyebabkan kesihatannya tidak pulih sejak tiga minggu lepas.
''Sudah masuk tiga minggu sakit saya tidak pulih walhal setiap hari saya ke klinik ambil suntikan dan berubat. Tadi pun (malam Ahad) doktor datang untuk beri rawatan sebelum saya naik ke pentas.
''Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dan ramai menasihatkan agar saya berubat tradisional sebagai salah satu ikhtiar untuk baik''.
Bukan itu sahaja, Elly turut mengalami perkara pelik dan misteri ketika berada di rumah sehingga membuatkan beliau sentiasa merasa takut.
Namun, Elly tidak mahu berbicara lanjut mengenai perkara itu dan akan cuba berubat secara Islam pula selepas ini.
''Saya tidak boleh cerita banyak, cukuplah saya katakan akan berubat dengan rawatan Islam dengan harapan semuanya kembali seperti biasa''.
Alahai, dalam zaman serba moden dan canggih ini masih ada lagi manusia yang percaya dengan perbuatan sihir dan ilmu hitam hanya kerana hasad dengi kepada orang lain. Apa-apa pun, kami mendoakan agar Elly Mazlein cepat sembuh.
Sumber Berita : mStar Online
Kredit Foto : sharpshooter_photographer
Sumber asal: Beautifulnara
Sumber : informasiberganda
ADS HERE
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:
Post a Comment