Ingat anak artis popular je yang comel?!! Masih ingat dengan juara program realiti Pelamin Fantasia, Syawal&Fiqa? Jom tengok 5 foto anak sulung mereka yang terlajak comel&penuh keletah tak disangka-sangka!!!

Masih ingatkan anda dengan juara program realiti Pelamin Fantasia , Syawal dan Fiqa? Tanggal 26 Mei...

Masih ingatkan anda dengan juara program realiti Pelamin Fantasia, Syawal dan Fiqa? Tanggal 26 Mei yang lalu Fiqa telah selamat melahirkan anak sulung perempuan yang bernama Sofia Azzahra.




Sofia Azzahra Muhammad Syawal dilahirkan pada jam 3.00 pagi bertempat di Hospital Azzahra, Bandar Baru Bangi. Pada masa itu, Syawal berkongsi detik-detik manis semasa menyambut kelahiran anak perempuannya baru-baru ini.

“Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya waktu Sofia dilahirkan. Selama ini saya asyik sambut kelahiran lembu dan kambing tapi bila tiba dekat anak sendiri rasa gementar pulak.

“Saya masuk bilik bersalin dan teman Fiqa sehinggalah bayi dilahirkan dan cakap pada doktor biar saya sendiri yang pegang ‘baby’ tu dan beri pada ibunya.

“Alhamdulillah ibu dan ‘baby’ sihat sehinggalah ke hari ini,” jelasnya.

Sempena kelahiran pertama anaknya, Syawal menempah satu sesi fotografi bersama Camora Arts Photography untuk merakam kenangan kelahiran terindah ini.

Menurut Syawal atau nama sebenarnya Muhammad Syawaluddin Ghazali, berkata sesi fotografi itu merupakan hajat isterinya yang teringin merakamkan memori indah bersama anak mereka.

“Sebenarnya Fiqa yang mahukan sesi bergambar itu, bila tengok dia teruja melihat foto-foto bayi ‘posing’ dengan cantik di Instagram, saya rasa nak buat kejutan tunaikan hasrat dia.

“Bila dia dapat tahu, sukalah dia, asyik tersenyum saja. Lagipun saya tak kisah, apa salahnya amik foto kenangan cantik-cantik kan? Esok-esok bila anak dah besar,boleh jugak kita tunjukkan pada dia.

“Masa sesi fotografi tersebut ada perkara lucu yang saya tak dapat lupakan, waktu tengah bergambar dan peluk Sofia tiba-tiba dia terkencing.

“Memang kelam kabut jugalah, tapi dalam masa yang sama kami ketawa sebab ia berlaku secara spontan, biasalah bayi kan, bukan dia boleh bagi amaran kalau nak terkencing,” katanya.

Bercerita mengenai persiapan Raya, Syawal memberitahu mereka sekeluarga teruja untuk beraya bersama ‘orang baru’ dalam hidup mereka.

“Raya tahun ini persiapan kami sederhana saja cuma yang buatkan kami teruja ialah dapat beraya dengan Sofia.

“Pada masa yang sama juga Fiqa dah habis pantang dan dia beritahu tak sabar nak keluar dan makan juadah Raya.

“Insha Allah kalau tiada aral melintang lepas Raya kami akan buat majlis akikah untuk Sofia,” kongsinya.

Jom kita lihat gambar comel Syawal dan Fiqa bersama puteri sulung mereka ini.







Sumber asal: sensasi.org


Sumber : informasiberganda
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment