Nelydia Senrose Diburu, Dikenakan Waran Tangkap, Jom Baca Kenyataan Rasmi

Nelydia Senrose Dikenakan Waran Tangkap



Pelakon jelita Nelydia Senrose gagal menghadiri prosiding kes melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Padahnya Nelydia Senrose telah dikenakan waran tangkap dan kini sedang dicari pihak berkuasa.

Menerusi kenyataan LHDN, Nelydia menghadapi 5 pertuduhan kerana gagal mematuhi notis Akta Cukai Pendapatan bagi lima tahun.


Ini kenyataan rasmi:

“Nelydia dikehendaki mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Saman sudah diserahkan kepada tertuduh dengan sempurna pada 11 April lalu mengkehendaki tertuduh hadir sesi sebutan kes pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam tetapi tertuduh atau sebarang wakil gagal hadir”

“Kegagalan mematuhi kedua-dua notis tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali,”


Nelydia turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada pihak LHDN.

Sumber : tasikbiruselatan
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment