Luahan Hati Bini Cikgu....Aku sarah. Malas nak panjang panjang so aku terus kepada luahan hati aku. Aku isteri seorang cikgu sekolah rendah dan suami aku mengajar sesi pagi....akan tetapi...

Luahan Hati Bini Cikgu

Assalamualaikum dan hai.
Aku sarah. Malas nak panjang panjang so aku terus kepada luahan hati aku. Aku isteri seorang cikgu sekolah rendah dan suami aku mengajar sesi pagi.
Confession ini bukan la sekadar untuk meluahkan isi hati aku tetapi lebih kepada membuka mata-mata masyarakat sekarang ni.
Sepanjang aku kahwin dengan cikgu ni, banyak perkara yang aku pendam. Bukan pasal suami aku tak bertanggungjawab ke apa, tapi lebih kepada perangai orang-orang sekarang. Aku terus kepada point aku
1. Mak bapak tak pandai nak hormat waktu ‘free’ cikgu.
-Ni la yang aku paling geram bila dapat mak bapak macam ni. Tak kira siang malam pagi petang nak whatsapp cikgu. Hari cuti pun nak call cikgu. Tolong lah, bukan kalian je nak waktu rehat. Cikgu cikgu pun perlukan waktu rehat. Mak bapak sekarang tak kenal waktu nak call cikgu. Dan tolong la, kalau cikgu tak angkat call jangan la call banyak kali. Biadap namanya.
2. Perangai anak murid ‘terlebih ajar’.
– Maaf la nak cakap, budak budak sekarang ni semakin kurang ajar. Kalau zaman aku dulu , memang dah kena bantai dengan cikgu. Cikgu marah, ejek cikgu balik. Ada juga yang suka buat kelas macam rumah sendiri. Sepah situ sepah sini. Last2 cikgu juga yang kemas.
3. Ibu-ibu ‘terlebih gatal’
– Macam kelakar kan? Haha. Tapi ni realiti sekarang. Bergurau dengan cikgu sampai terlebih batas. Tanya cikgu buat apa, dah makan ke tak. Kadang kadang saja whatsapp tak tahu hala tuju. Ingat la laki sendiri weyyy.
Banyak lagi benda yang aku nak taip tapi cukup la sampai sini dulu. Tolong la hormat privacy cikgu. Ok bai.
– Sarah
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment