Kakak Ipar Hipokrit....Assalamualaikum wbt. First of all, thank you admin sebab approve confession aku. Nama aku Lily (bukan nama sebenar) berusia awal 20an dan belum berkahwin. Apa yg aku nak cerita hari ni pasal kakak ipar aku sendiri. Demi Allah aku taka da niat untuk meburukkan sesiapa. Cuma berkongsi cerita untuk kita sama sama perbaiki diri kea rah kebaikan. Cerita nya macam ni, aku ada ramai jugak kakak ipar sebab family aku kira besar jugak lah. Dalam banyak2 kakak ipar aku ni,....

Kakak Ipar Hipokrit
Assalamualaikum wbt. First of all, thank you admin sebab approve confession aku. Nama aku Lily (bukan nama sebenar) berusia awal 20an dan belum berkahwin. Apa yg aku nak cerita hari ni pasal kakak ipar aku sendiri. Demi Allah aku taka da niat untuk meburukkan sesiapa. Cuma berkongsi cerita untuk kita sama sama perbaiki diri kea rah kebaikan. Cerita nya macam ni, aku ada ramai jugak kakak ipar sebab family aku kira besar jugak lah. Dalam banyak2 kakak ipar aku ni, aku perasan ada sorang yang tak berapa nak ‘ngam’ dengan family aku. Aku tak tahu kenapa. Kalau nak ikutkan kiteorg pun tak berapa ‘ngam’ dengan dia before abang aku dengan dia kahwin lagi. Tapi family aku cuba terima dia dan Alhamdulillah berjaya. Diorg dah kahwin dekat 5 tahun and dah ada 3 orang anak dah pun.
Okay aku start cerita macam mana aku perasan dia tak boleh nak ‘ngam’ dengan family aku. Abang dengan kakak ipar aku ni stay and kerja dekat KL. Masing masing asal dari sebuah negeri di Utara Malaysia. Family aku jarang jugak nak berjumpa. Kalau ada kenduri kesyukuran atau kenduri kahwin adik beradik baru boleh berkumpul ramai ramai. Tapi kadang kadang kalau diorg tak balik kampung, aku bawak mak ayah aku pergi KL. Aku faham masing2 busy bekerja and tak boleh cuti suka hati je. Disebabkan parents aku rindukan cucu cucu, so aku bawak la pergi KL. Layanan diorang bagi tiptop. Takde yang kurang. Tapi ni bukan masalahnya. Baru mukadimah okay hehe.
Abang and kakak ipar aku ada jugak balik kampung time weekend (3 bulan sekali pun belum tentu). Jenguk parents aku. Aku happy sebab boleh jumpa 3 orang anak sedara aku. Bila parents aku tau je, bukan main happy lagi diorang. Mak aku siap plan dah menu2 dia nak masak untuk anak menantu dia makan. Plan nak masak nasi ayam, nak masak itu, nak masak ini.. favorite food abang and kakak ipar aku tapi yang menjadi masalahnya bila tiba tiba je diorg cancel plan. Bukan sekali dua benda macam ni jadi. Dah banyak kali. Kau bayangkan eh… janji nak balik next week. So parents aku excited gila nak tunggu jumaat. Tapi bila nak sampai jumaat tu diorang senyap je. Dah sampai hari rabu macam tu aku decide nak tanya diorang jadi balik ke tak. So abang aku cakap tak jadi sebab kakak ipar aku kena kerja. Okay fine, takpe. Aku faham lagi. Tapi yang aku tak faham tu, selang seminggu dua macam tu, boleh pulak diorg balik kampung kakak ipar aku. Tak boleh ke diorang balik rumah parents aku dulu utk ganti balik berapa ratus kali plan yang diorg cancel tu? Tiap2 bulan diorg akan balik sana kot. Tak puas lagi ke lepaskan rindu? Pelik.
Nak kata kakak ipar aku orang kaya so maybe tak selesa stay rumah kiteorg lama lama? Rasa nya tak mungkin kot. Jangan nak membongak. Family dia yang aku kenal bukan kaya tapi acah acah kaya. But that’s not my point. None of my business. Rumah dia besarnya half dari rumah aku. Sempit. So impossible diorang tak selesa stay rumah aku kan? Makin lama aku makin pelik. Kalau nak balik rumah parents aku kemain liat. Tapi kalau rumah parents dia, fulamakk. HAHA. Korang faham tak ni? Okay mungkin korg rasa macam… “So what…? Apa masalahnya? Dia pun rindu parents dia jugak. Takkan nak balik rumah kau je”. Tapi agak agak lah bhaiii. Dia ingat abang aku anak yatim piatu ke? Takde mak bapak kat kampung?. Kalau dari awal lagi dia nak treat abang aku macam anak yatim piatu, dia silap besar. Takkan lah dia tak boleh hold dulu balik kampung parents dia. Tiap2 bulan balik sana. Sekali sekala balik lah rumah parents aku pulak. Abang aku pun tak boleh nak tegur wife dia. Kang merajuk seminggu. Aku bukan apa. Cuma kesian dekat mak ayah aku.. parents aku ade jugak terasa dengan diorg. Sayu hati orang tua kan. And my mak was like “ Takpelah. Mak baru ingat nak masak bla..bla.. tapi diorg busy lah tu”. Hmm. Hmm.
Tu belum masuk cerita pasal turn balik raya. HAHAHA. Ni paling aku takleh terima. Kalau cuti raya je, mesti lebih belah sana. Family belah aku ni dia buat nampak tak nampak je. Macam ada tak ada je. Korang faham tak ni? Okay contohnya mcm ni. Last year raya, turn rumah parents dia and cuti raya 6 hari (exclude 2-3 hari puasa before raya yg dia balik rumah sana) . So 2-3 hari before raya dia dah balik kampung dia nak bukak puasa dengan family katanya. Okay, takpe lagi. Tapi kau tau bila dia balik rumah mak aku? Raya ke 4 dik nonn. Surpriseeee. Kau rasa? Fair ke tak eh?. Abang aku dengan adik beradik aku yang lain tak sempat jumpa pun. Kalau ada yang baca confession aku ni hati batu and still cakap takde masalah pun, boleh kau explain dekat aku apa istilah ‘fair’ tu? Adil ke puasa + raya 7 hari dkat belah sana, tapi rumah aku 2 hari je? Tepuk dada tanya selera. Kalau korang pun macam dia, berubah lah.
Pernah sekali tu raya belah family aku. Abang aku janji nak balik kampung kakak ipar aku raya ke 3 lepas breakfast. Kakak ipar aku pun setuju. Abangand kakak2 aku yang lain plan nak balik jumpa kiteorg raya ke2. So sempat la kumpul kejap kononnya. Tiba2 petang raya kedua tu, kakak ipar aku bersungguh sungguh ajak abang aku balik sana. Abang aku tak layan mula2 sebab dia nak tunggu siblings dia yang lain sampai dulu sebab yang lain tgh on the way. Nak tanya khabar, share cerita2 yg menarik, cerita pasal anak2 yang makin membesar. Yela, dalam setahun berapa kali je boleh jumpa. Masing2 busy. And guess what happened? Kakak ipar aku merajuk and tak keluar bilik tgh hari tu. Dia tak keluar makan nasi pun. Depan2 mak aku dia tarik muka. Tak lama lepas tu dia keluar tapi mulut muncung sedepa. Pergh. Depan mak aku pun tarik muka. So disebabkan malas nak bergaduh and bermasam muka, mak aku pujuk abg aku suruh balik sana petang tu jugak. Biadap kan?. Mak mertua aka mak aku sanggup mengalah dengan menantu sendiri. Hm.
Aku perasan jugak kakak ipar aku ni tak berapa pandai nak adapt dengan surrounding. Dengan sedara mara aku pun dia tak berapa nak bercakap. Tanya sepatah, jawab sepatah. tak tanya, tak bercakap lah. Kadang nampak mcm moody. Sampai bila dia nak jadi macam tu ye? Kalau mula mula kahwin aku faham la. Dia still in learning process kan. Perlu kan masa. Tapi dia dah ada anak tiga takkan tak sedar lagi? Takkan still in learning process lagi? Berapa lama learning process dia? 5? 10 tahun? Allahu. Dia fikir kami ni hati batu? Sedar sedar lah sebelum terlambat. Aku risau dia tak sempat mintak maaf. Dah banyak mak aku makan hati berulam jantung. Minum air tanpa gula. Telan nasi tanpa kunyah (Okay yang last ni aku tambah sendiri). Nak bagi cukup rasa. Aduhai.. Banyak lagi cerita yang aku nak share dengan korang. Tp untuk first confession ni, cukup sampai sini kot.
Lepas apa yang aku cerita ni. Jangan pulak korang ingat kakak ipar aku ni jahat. Tak tak. Dia baik dengan family aku. Tapi itu la. Dalam baiknya tu, ada jugak kurangnya. Dalam manisnya, ada jugak pahitnya. Aku respect dia sebagai kakak. Tak penah ada istilah ‘ipar’ tu. Tak pernah tinggi suara, tak pernah masam muka even dia buat family aku macam ni. Sebab aku anggap dia macam kakak kandung sendiri. Tapi bila dia buat mcm ni dekat family aku, sedikit sebanyak respect tu hilang. Aku rasa dia hipokrit. Dia Cuma kahwin dengan abang aku. Bukan family aku. Sampai ada ketikanya aku geram and terluah “Lantak kau lah. Nak balik, balik. Taknak sudah. Ingat aku heran ke?”. Okay memang aku heran pun hehe. Cepat cepat istighfar. Kalau aku yang entah siapa2 bagi dia ni pun terasa, boleh korang bayangkan apa yang mak aku rasa? Kakak ipar aku yang lain semua tak hipokrit. Bila turn raya, fair balik rumah masing2. Takde istilah “lebih sana, kurang sini”. Kalau bab balik weekend, if diorg tak balik belah sana, macam tu jugak lah belah sini. Adil kan? Simple.
So nasihat aku untuk korang yang nak atau bakal berkahwin tu, before kahwin, korang prepare lah diri korang. Ikhlas kan hati, lapangkan dada untuk terima family mertua. Untuk yang dah berkahwin, if husband or wife korang ada ‘penyakit’ macam ni, tegur lah sebelum terlambat. Masing masing mainkan peranan. Kena ada ‘give and take’. jangan asyik kau je yang ‘give’ advices tapi pasangan kau tak ‘take’ serious pun on your advices. Especially girls dekat luar sana, ingat pesan aku. Jangan kahwin dengan bakal suami sahaja. Nanti susah untuk kau terima family dia. Tapi kau kahwin lah dengan family sebab bila kau kahwin dengan family, sekali gus kau kahwin dengan suami, mak ayah, adik beradik dan saudara mara sekali. Bagi korang yang ada sifat macam kakak ipar aku ni, aku berharap mudah mudahan confession aku yang tak seberapa ni dapat jentik hati korang untuk berubah. Jaga lah hati mertua macam mana kita jaga hati parents kandung kita. Memang betul mertua kita tak kandungkan kita, tak didik kita. Tapi dia yang bersusah payah kandung dan didik husband or wife kita. Tanpa mereka, tiadalah pasangan kita. Kita tak muda selamanya. Lambat laun kita akan tua. Bila sampai masanya, kita akan duduk dlm position diorang. Orang2 tua ni hatinya rapuh. Kita tak tau banyak mana lagi masa yang tinggal untuk kita bahagiakan diorg. Selagi ada hayat, appreciate it. Grab your chance to make them happy. Respect them and bear in mind “What you give, you get back”. Mudah mudahan kita sama sama dijauhkan dari sifat keji ini. Moga tiada sesiapa yang teraniaya dari perbuatan kita. Khifarah Allah itu ada, dosa pahala itu benar, syurga neraka itu pasti. Sekadar renungan bersama. Allahuakbar ¬ sincerely, Lily (adik ipar)
– Lily
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment