Sultan Selangor tidak berkenan kenderaan jenazah disalah guna

SHAH ALAM, 26 Jamadilawal 1438H, Khamis – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda tidak berkenan kenderaan jenazah disalah guna untuk mengadakan demonstrasi atau kegunaan lain, yang tiada kaitan dengan urusan pengendalian jenazah.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Selangor bertitah, perbuatan sedemikian hanya akan memperlihatkan umat Islam mempersendakan penggunaan kenderaan jenazah yang tidak sepatutnya dilakukan.

“Sehubungan itu, baginda menitahkan seluruh ahli jawatankuasa (AJK) masjid atau kariah di negeri ini, menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan mereka, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, baginda bertitah AJK masjid atau kariah yang bertanggungjawab dengan kenderaan jenazah perlu memanfaatkannya untuk urusan membawa jenazah sahaja.

Justeru, Munir mengingatkan pihak yang menyelia dan mengawal kenderaan jenazah di negeri ini untuk mengambil maklum serta mematuhi Sultan Selangor itu.

The post Sultan Selangor tidak berkenan kenderaan jenazah disalah guna appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2laY9b9 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment