"Saya Habiskan Dua Jam Bercakap, Berbincang Hal Ini Kepada Zizan.." Pendedahan Johan

"Selagi Itu Tak Akan Fikir Tanggungjawab.." Ini Nasihat Johan Kepada Zizan Razak



Siapa yang tak kenal dengan kumpulan pelawak duo popular, Jozan.

Jozan mencetuskan fenomena apabila menjadi antara pelawak terhebat di rancangan Maharaja lawak Mega.

Kumpulan Jozan hasil gabungan Johan dan Zizan pernah menjadi juara rancangan Maharaja Lawak Mega pada tahun 2012.

Kini mereka berdua merupakan kawan baik, dan sebagai rakan Johan ada memberi nasihat berguna buat Zizan.

Johan telah menasihatkan Zizan agar segera berkahwin kerana jika seseorang itu sudah mendirikan rumah tangga, hanya pada ketika itulah mereka mengetahui erti tanggungjawab yang sebenar.


Ini komen Johan:

"Pada saya selagi dia tak berkahwin selagi itu dia tidak akan berfikir tentang tanggungjawab. Lagipun saya rasa dia sudah cukup bersedia dari segi ekonomi untuk berkahwin. 

"Saya habiskan masa hampir dua jam dengan Zizan hanya bercakap mengenai perkahwinan malah sempat saya ceritakan perjalanan saya dan isteri.
 

"Sebenarnya Zizan pernah beritahu yang dia kagum dan suka lihat cara saya yang berpakaian sederhana dan banyak melebihkan isteri serta anak-anak. 

"Dia juga kata suatu hari nanti dia mahu jadi macam saya. Saya terus menasihati dia supaya berkahwin dengan cepat kerana selepas berkahwin baru dia akan tahu makna kehidupan yang sebenar

Untuk pengetahuan, Johan berkahwin dengan pelakon pelakon Ozlynwaty dan mereka berdua telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Haziq, Sodiq, Aariq dan Chantiq Hanania.

Sumber : beritamemeymy
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment