"Rampas Suami Dan Bermadu lain..Dalam Agama Dibolehkan Berpoligami.." - Rita Rudaini

"Rampas Suami Dan Bermadu lain..Dalam Agama Dibolehkan Berpoligami.." Kenyataan Mengejutkan Rita Rudaini



Pelakon yang sering terpalit dengan kontroversi, Rita Rudaini telah menafikan dirinya seorang anti-poligami.

Bagi Rita Rudaini, hidup bermadu dan merampas suami orang merupakan dua perkara yang amat berbeza.

Ini komennya:

AGAMA BOLEH POLIGAMI

“Saya tidak pernah cakap anti -poligami, tidak pernah. Cuma saya tidak suka kepada perampas rumah tangga orang.

“Sesiapa pun tidak suka, kalau ada perempuan datang dan ambil suami kita, disuruhnya ceraikan isteri pertama, itu sudah salah.

“Sedangkan dalam agama sendiri dibolehkan berpoligami dengan syarat-syarat dan kepatuhan-kepatuhan tertentu, kenapa pandang keji?

“Saya sendiri tidak pernah pun mengeji wanita yang berstatus isteri kedua atau ketiga. Tidak pernah,”

BERNIKAH DI SIAM

“Saya sendiri tidak tahu macam mana isu itu berbangkit. Kalau kerana sebelum ini saya pernah berkahwin di sana dan mereka terus kaitkan, itu tidak adil.

“Kahwin di mana sekalipun tidak salah selagi ikut hukum hakam agama. Saya hairan mengapa masyarakat suka memandang hina perkahwinan di Siam?

“Sedangkan adalah lebih baik bernikah berbanding buat hal tak betul ke hulu ke hilir,”


Rita Rudaini pernah berkahwin di Thailand dengan pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan pada 2008 dan mempunyai dua orang anak lelaki.

Namun mereka bercerai pada 2013 dan beberapa kontroversi telah melanda mereka berdua sejak itu.

Sumber : beritamemeymy
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment