Ramai netizen turut merasa sebak selepas tersebarnya satu video seorang pembaca berita wanita yg sedang membaca berita kemalangan MAUT secara LIVE & telah menyedari bahawa salah seorang daripada mangsa yg maut itu adalah SUAMINYA sendiri !!! Paling mengejutkan & mengharukan adalah reaksi pembaca berita ini yang......PILU !!!

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/04/09/13/12/supreetkaur.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Pembaca berita, Supreet Kaur. Foto Twitter/Mirror
  (Ubah saiz teks)
SEORANG pembaca berita televisyen mengetahui berita mengenai suaminya maut dalam nahas jalan raya ketika menyampaikan laporan berita tergempar secara langsung.
Supreet Kaur yang merupakan pembaca berita untuk saluran IBC24 di India dilihat tenang semasa seorang wartawan yang berada di tempat kejadian memberikan butiran nahas dan mangsa menerusi panggilan telefon.
Walaupun wartawan itu tidak menyebut nama-nama mangsa, tetapi memaklumkan bahawa tiga daripada lima orang di dalam kereta terbabit nahas terbunuh.
Butiran itu sudah cukup bagi Kaur, 28, menyedari bahawa suaminya, Harsad Kawade merupakan salah seorang daripada tiga yang maut.
Ketika kejadian, suaminya menaiki kereta yang sama, Renault Duster, di jalan yang sama pada masa yang sama bersama empat lagi rakan.
Kaur bagaimanapun terus membaca berita-berita lain selama 10 minit selepas laporan mengenai nahas jalan raya membabitkan suaminya disampaikan.
Memetik laporan Hindustan Times, Kaur bagaimanapun menitiskan air mata sebaik sahaja program berita pagi Sabtu berakhir.
Seorang editor kanan memberitahu, kakitangannya menyedari mengenai kematian suaminya semasa membaca berita berkenaan.
Editor itu berkata: "Tetapi kami tidak memberitahu dia. Kami tak sanggup."
"Dia bagaimanapun dapat merasakan bahawa kenderaan yang terbabit dalam nahas itu adalah kenderaan yang dinaiki suaminya."
Seorang rakan setugas berkata: "Dia seorang wanita yang sangat tabah. Kami berbangga dengan dia sebagai pembaca berita, tetapi apa yang telah berlaku hari ini benar-benar mengejutkan kami." 
Kaur bertugas sebagai pembaca berita untuk IBC24 selama sembilan tahun.
Dia dan suaminya telah setahun berkahwin. - Mirror

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment