ANGKARA TRITON POTONG TAK LEPAS .. AYAH IBU MAUT TINGGAL 2 ANAK YATIM PIATU KERETA MEREKA DIREMPUH (6GAMBAR)

KOTA TINGGI : Angkara Triton memotong tak lepas dua anak ini menjadi yatim piatu sekelip mata, kereta Alza yang dinaiki ibu dan ayah mereka dirempuh Tritron terbabit.

Akhbar melaporkan dua maut selepas Perodua Alza dinaiki terlibat kemalangan membabitkan sebuah Triton dan Yamaha RXZ di kilometer 24 Bukit Tiga Jalan Mawai - Kuala Sedili petang semalam.

Kemalangan kira-kira jam 5.35 petang itu menyebabkan pemandu Perodua Alza, Mohd Fadzil Noh, 37 dan penumpang belakang Julaiha Senin, 36 maut di lokasi kejadian.

Manakala penumpang hadapan, Ramadan Satri, 33, pemandu Triton, Fazidatulakhmar Safiee, 35, dan  Mohamad Azrul Hamdi Rosman, 17,  yang menunggang motosikal mengalami cedera parah.





Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Triton yang menghala ke arah Kota Tinggi cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya yang tidak dapat dikenal pasti sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza dari arah bertentangan.

"Pada masa yang sama motosikal Yamaha RXZ yang berada dibelakang Perodua Alza tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta tersebut

"Akibat dari pelanggaran tersebut pemandu dan penumpang hadapan Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat dari kecederaan parah.  

"Pemandu Triton mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan mengalami koma, sementara penunggang motosikal mengalami cedera parah dan sedang mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT),"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Rahmat, tempat kejadian adalah jalan selekoh menuruni bukit ke arah Kota Tinggi dan terdapat garisan berkembar sebagai pembahagi jalan.  


Permukaan jalan basah di mana ketika kejadian cuaca hujan lebat manakala persekitaran tempat kejadian merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ1987.


Sumber : tasikbiruselatan
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment