Yang Di-Pertuan Agong rasmi pembukaan sidang Parlimen

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen Ke-13 hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 10.30 pagi di dataran Parlimen disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri S. A. Vigneswaran.

Turut menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti sembah ‘Hormat Diraja’ oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama, Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Kapten Muhammad Nor Azizan Yahya.

Serentak itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.

Ia diikuti dengan tembakan meriam 21 das serentak dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dimainkan.

Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 104 anggota dan empat pegawai daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Ridhwan Basheer.

Selesai istiadat berkenaan, Sultan Muhammad V diiringi ke Bilik Diraja di bangunan Parlimen untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan perasmian.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April sementara Dewan Negara bersidang selama sembilan hari dari 17 April hingga 27 April.- Bernama

The post Yang Di-Pertuan Agong rasmi pembukaan sidang Parlimen appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lQMZsd .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment