Warga Emas Maut Dihempap Pokok Kelapa

SABAK BERNAM – Seorang warga emas maut dihempap pokok kelapa ketika menunggang basikal di Jalan Haji Sabri Sungai Tengah, Kampung Sungai Tengar, di sini, tengah semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Abdul Latif Md Nor, 58, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kedai makan di Pekan Sungai Air Tawar, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut sepupu mangsa, Mustafa Hajiri, 58, lokasi kejadian merupakan tapak bekas rumah lama arwah yang dirobohkan sebelum dijadikan kawasan kebun kelapa.

Arwah dilahirkan di situ dan akhirnya dia meninggal dunia di tapak bekas rumah lamanya.

Tak sangka, pokok kelapa berusia puluhan tahun itu meragut nyawa arwah,” katanya memetik Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam, Mohd Saufi Zakaria ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira 12.49 tengah hari.

Kejadian itu mungkin berlaku disebabkan angin kencang sekitar 12 tengah hari tadi…mangsa ketika itu sedang malalui kawasan berkenaan sebelum sebatang pokok kelapa tumbang lalu manghempapnya.

Bomba terpaksa memotong pokok kelapa berkenaan bagi mengalihkan badan mangsa,” katanya. –MYNEWSHUB

 

 

 

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mseknP .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment