(ViraL) 'Bila diugut Lapor Polis, Barulah Pengasuh itu Mengaku Mencubit Anak Kami kerana Stress' - Sebarkan Sbg Pengajaran !

"Terkejut tengok botol-botol susu anak dah berkerak, puting botol susu dh jadi kuning. Padahal kami ada bekalkan berus botol susu dan pencuci botol susu..Yang dibekalkan pun masih ada abanyak lg..Begitu juga dengan pampers, sebungkus ada 76 keping..tapi waktu tu ada satu tingkat lagi dan beberapa keping dari tingkat atas..Patutlah naik ruam punggung anak.."


Salam, terpanggil untuk berkongsi rasa bersalah saya pada isteri dan anak. Betullah kata orang, naluri isteri dan ibu ini sememangnya betul. 

Kami ada bayi berusia tiga bulan, dihantar pada pengasuh untuk dijaga. Hampir sebulan hantar anak, isteri saya kata dia tak berapa selesa dengan pengasuh itu. Pada saya, mungkin itu perasaan ibunya sahaja sebab ketika pantang, hampir dua bulan anak dijaga oleh isteri. 

Bermula dari dua minggu yang lalu, semasa saya mengambil anak, pengasuh ada maklumkan ada lebam di muka dan hidung anak kerana terjatuh ketika sedang memandikannya dalam sinki. Saya anggap tiada apa-apa, biasalah lagipun anak saya itu memang tak boleh duduk diam kalau mandi. 

Balik ke rumah, saya terus beritahu isteri. Dia buat muka dan katanya lebam yang dialami oleh anak tidak kelihatan seperti terjatuh di sinki atau terjatuh. Ianya lebih seperti ditampar atau dipukul. 

Malam itu, isteri saya menghubungi pengasuh berkenaan dan bertanya bagaimana cara anak kami terjatuh ketika mandi. Isteri saya pada masa itu sudah syak yang bukan-bukan, tetapi salah saya juga sebab saya anggap isteri saya terlampau memikirkan yang bukan-bukan. 

Minggu lepas, kemuncak kejadiannya seperti gunung berapi meletus-letus, bila saya pergi ambil anak dari rumah pengasuh, terus isteri periksa keseluruhan badan anak. Memang rutinya begitu setiap kali ambil anak dari pengasuh. Isteri periksa satu badan dari kepala hingga ke tapak kaki. 

Semasa pemeriksaan dilakukan, isteri ternampak satu kesan lebam di kaki, kepala dan belakang badan anak calar-calar. Terus isteri panggil saya dan tunjukkan kesemua kesan-kesan itu. 

"Sabar dulu, kita tnaya pengasuh petang ini juga," kata saya. 

Gambar hiasan | Google Images
Isteri tak nak bertanya pada pengasuh melalui telefon ataupun WhatsApp. Dia terus mengajak saya ke rumah pengasuh pada petang itu juga. Jadi kami sampailah ke rumah pengasuh dan isteri tanya kenapa ada kesan-kesan lebam di badan anak dan tak maklumkan kepada saya ketika menjemputnya pulang. 

Pengasuh menjelaskan anak terjatuh ketika mandi. Isteri terus tanya, terjatuh macam mana sampai boleh menyebabkan lebam-lebam dan terang-terangan nampak kesan cubit di kaki. Namun pengasuh masih enggan mengaku. 

Isteri mula mengugut mahu membuat laporan polis dan minta semua barang-barang anak kami. Masa itu pengasuh macam nak marah sebab isteri saya dah marah-marah dia. Selesai mengambil kesemua barang-barang anak, isteri beritahu,

"Hari ini last hantar anak kat akak," kata isteri. 

Pengasuh itu hanya menjawab ringkas, Okey". 

Semasa balik dan kemas-kemas barang anak yang diambil dari rumah pengasuh, terkejut tengok botol-botol susu anak sudah berkerak, puting botol susu dah menjadi kuning. Padahal kami ada bekalkan berus botol susu dan pencuci botol susu. Yang dibekalkan pun masih ad abanyak lagi. Begitu juga dengan pampers, sebungkus ada 76 keping. 

Tetapi pada masa itu ada satu tingkat lagi dan beberapa keping dari tingkat atas. Patutlah naik ruam punggung anak sedangkan sebelum ini isteri dah berkali-kali pesan pada pengasuh agar tukarkan pampers anak setiap 4 jam sekali. Kalau pampers habis, beritahu  tetapi masih juga begitu.

Lagi sekali isteri menghubungi pengasuh dan beritahu yang dia tidak redha apa yang pengasuh telah buat pada anak kami. Katanya dah banyak bertolak ansur, jaga tak sampai sebulan tetapi bayaran penuh. Lambat bagi duit, dah hantar mesej tanya bayaran upah. 

Untuk makluman, saya bayar RM400 sebab satu fikir anak saya akan dijaga dengan baik, jadi saya tak kisah jika terpaksa keluarkan kos mahal sikit. 

Malam itu dalam jam 3 pagi, pengasuh hantar mesej dan memohon agar kami tak buat laporan polis. Dia mengaku yang dia ada mencubit-cubit anak kami sebab stress menjaga anak kami yang kerap menangis dan dalam masa yang sama dia menjaga tiga orang budak yang lain. Yang lain itu tak tahulah bagaimana nasibnya. 

Isteri kata, pengasuh seperti itu perlu diajar. Keesokan harinya kami buat laporan polis atas dakwaan penderaan mental dan fizikal terhadap anak kami sebab anak kami setiap kali dihantar ke rumah pengasuh itu, wajahnya memang masam dan tak ceria, apatah lagi gembira. 

Alhamdulillah, isteri ambil cuti hampir dua minggu untuk menjaga dan mencari pengasuh baru. Nak berhenti kerja tetapi kena tunggu kontrak habis. Kontrak baru diperbaharui awal bulan semasa dia berada dalam pantang. 

Kesimpulannya, kita sebagai ayah dan suami perlu percaya pada naluri isteri. Kalau isteri kata ada sesuatu yang tak kena, perlulah disiasat dan jangan dibiarkan. 

Untuk isteri saya, terima kasih sebab melahirkan anak yang comel dan bersabar dengan karenah kami berdua. Tidak lupa juga masakan awak memang terbaik walaupun ayam goreng dengan telur dadar.


Sumber : tasikbiruselatan
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment