Ummi Nazeera mengaku gaduh dengan Aeril Zafrel ketika shooting Nahu Rindu

Pelakon, Ummi Nazeera, 27, mengakui pernah bertelingkah dengan aktor, Aeril Zafrel, pada pertengahan tahun lalu.

Insiden terbabit berlaku gara-gara ketiadaan persefahaman antara mereka terhadap watak dilakonkan ketika menjalani penggambaran drama, Nahu Rindu.

“Entah kenapa dan di mana silapnya, kami tidak sefahaman mengenai watak yang dilakonkan masing-masing. Perkara itu tidak sepatutnya pun berlaku.

“Lama juga masa diambil untuk kami berbaik semula. Sehinggakan, kru produksi turut bertanya, sampai bila kami nak bermasam muka kerana ia menyukarkan seluruh produksi untuk bekerja. Ia kejadian pertama saya bertelingkah dengan bintang lelaki utama,” katanya kepada BH Online.

Nahu Rindu memulakan siarannya pada Februari lalu menerusi slot Zehra. Ia menemui penonton TV3 pada setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam.

Drama arahan Eoon Suhaimi dan hasil terbitan Country & Universal Sdn Bhd itu turut dibintangi Syazwan Zulkifly, Zulin Aziz, Shuhanty dan Putra Amaris.

Kata Ummi, Nahu Rindu antara drama paling mencabar buat dirinya, ditambah pula beberapa masalah lain yang timbul ketika itu.

“Drama ini begitu halus dan mendalam, serta sangat berbeza dengan Patahnya Sebelah Sayap.

“Banyak juga masalah yang timbul sepanjang penggambaran dijalankan. Emosi saya pun tidak menentu ketika itu.

“Aeril pula kawan baik saya dan apabila kami berselisih faham, ia menjadi lebih rumit. Bagaimanapun, kami tidak saling meminta maaf, sebaliknya hubungan itu pulih begitu saja,” ujarnya.

Nahu Rindu mengisahkan seorang gadis, Nazira (Ummi Nazeera) terserempak dengan Fateh (Aeril Zafrel), lelaki dengan wajah saling tak tumpah seperti bakal suaminya, Kasyaf, yang meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke majlis perkahwinan mereka.

Pada masa sama, ibu Kasyaf yang buta tidak tahu anak lelakinya sudah meninggal dunia.

 

Sumber: BH Online

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2n1JIY3 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment