Tolong Mandi Dan Kafankan Bayi Ini, Sebab… |Putrajaya: Mayat bayi perempuan ditemui dalam beg di Surau As Siddiq Fasa 5 dan 6, Blok 5A, Presint 9, di sini kira-kira 8.30 malam tadi.
Difahamkan, mayat bayi yang cukup sifat dan bertali pusat itu ditemui orang awam di atas rak kasut yang terletak di luar surau berkenaan.
Mayat bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui dibalut dengan sehelai tuala dan jersi berwarna biru yang diletakkan dalam beg kitar semula juga berwarna biru.
Turut disertakan nota bertulisan tangan, “Assalamualaikum, kepada orang-orang surau .
Tolong mandi dan kafankan bayi ini. Saya tak ada sesiapa nak minta tolong. Harap pertolongan ini dapat dibantu. Terima kasih. Pertolongan dapat dihargai. Hanya Allah sahaja dapat balas jasa-jasa orang-orang surau”.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan penemuan mayat bayi berkenaan.
“Sepasukan pegawai dan anggota diarah ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan. Masa kematian belum dapat dipastikan.
“Mayat sudah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat,”katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Kredit : EBerita
P.S. 1 – Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 – Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 – (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 – 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!
The post Tolong Mandi Dan Kafankan Bayi Ini, Sebab… appeared first on KITA VIRAL.
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment