Jika dilihat memang ramai di antara peniaga atas talian yang membuat iklan mereka menerusi Facebook, atau laman media sosial yang lain, dan kebanyakan dari mereka akan meminta kita untuk PM mereka dalam mendapatkan harga, dan ‘details’ apa yang mereka jual.
Tapi, ada juga yang mana memberikan nombor WhatsApp mereka, dan ia sedikit sebanyak membuatkan kita terpaksa menyimpan nombor peniaga tersebut untuk WhatsApp mereka.
Bukan semua yang berminat untuk ‘save’ nombor peniaga ini, bukan apa, kita bukanlah betul-betul berminat, atau ingin beli barang tersebut dengan secepat mungkin, jadi nanti ruangan dalam ‘contact’ jadi banyak pula.
Untuk mengelakkan kita perlu ‘save’ nombor, tetapi masih boleh WhatsApp seseorang itu, saudari Badariyatul Munirah Zulkifli telah kongsikan cara yang boleh anda lakukan, jom kita tengok macam mana caranya itu.
Malas Betul Nak Simpan Nombor
Apa kecoh-kecoh ni? Malas apa ni? Malas nak simpan nombor? Nombor apa ni?
Bertenang..bertenang..pernah tak korang alami benda ni? Situasi pertama, tengah scroll facebook tiba-tiba nampak ada orang jual barang..korang berkenan sangat. Peniaga pula tak letak harga..terus korang tertanya-tanya.
“Ala..berapa ringgit eh? Suruh dia pm la kan..”
Korang pun komen “PM”. Tapi peniaga tersebut balas “sila whatsapp kami di 012-3456789.” Adudududu..korang tiba-tiba rasa tak jadi la nak beli sebab malas nak simpan nombor peniaga tu. Tambah pula korang tak terdesak pun untuk beli barang tu, cuma memenuhi nafsu kecil je nak barang baru..hehehehehe.
Atau pun situasi kedua, ini untuk para peniaga kebiasaannya. Korang up status banyak kali di fb sepanjang hari..tapi tiada pun yang whatsapp korang tanya barang. Kenapa eh? Takpe..takpe..saya nak share sesuatu.
Mulai sekarang, letakkan link di posting anda supaya customer mudah untuk terus berhubung dengan anda tanpa perlu ada peringkat menyimpan nombor telefon, sebab rasa malasnya nak simpan..hehehe.
Taip www.wasap.my/no telefon anda, sebagai contoh, cuba anda klik link di bawah dan anda akan terus dapat berhubung dengan saya.
Senang kan? Kini semua menjadi lebih mudah. Orang malas pun dah tiada masalah lagi..hehe. Share posting ini jika korang rasanya ianya bermanfaat buat anda.
Tapi, perlu diingat, WhatsApp anda haruslah di ‘update’ terlebih dahulu untuk membolehkan anda mencuba cara ini, kalau tak ‘update’ tak boleh lah.
Sumber: SK
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mGj8XO .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment