Tempah sekarang Galaxy C9 Pro dan dapatkan diskaun 20%

Sebelum ini dinyatakan Galaxy C9 Pro akan mula dijual pada 10 Mac 2017. Tetapi hari ini ia telah mula dibuka tempahan, dengan promosi menarik. Samsung Malaysia kini menawarkan diskaun 20% untuk unit kedua Galaxy C9 Pro, yang ditempah dari 6 hingga 8 Mac 2017.

Galaxy C9 Pro telah diumumkan akan dijual pada harga RM2,299 di Malaysia, dengan tiga pilihan warna iaitu Emas, Emas Ros dan Hitam. Dalam tempoh promosi 3 hari ini, unit kedua Galaxy C9 Pro boleh dibeli dengan diskaun 20% pada harga hanya RM1,839, menjadikan jumlah harga dua unit hanya RM4,138 sahaja.

Untuk yang berminat, tempahan dengan diskaun ini hanya boleh dibuat dalam talian, di stor Lazada Malaysia dan 11street sahaja. Walaupun pembeli boleh membeli sebanyak mana unit yang diingini, tetapi setiap orang hanya boleh mendapat diskaun 20% hanya sekali sahaja. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman promosi Samsung Galaxy C9 Pro.

Galaxy C9 Pro adalah telefon gergasi terbaru dari Samsung, dengan badan besi sepenuhnya. Ia memiliki skrin Super AMOLED sebesar 6.0-inci HD Penuh, dengan teknologi ‘Always On Display’, memaparkan pelbagai info di atas skrin sepanjang masa tanpa terpadam. Pengimbas capjari kekal di hadapan, bersama butang fizikal Home.

Kuasa dalamannya digerakkan oleh pemproses 8-teras 1.95GHz, bersama 6GB RAM, pertama seumpamanya di peranti Samsung. Storan dalamannya 64GB, dan menerima kad mikroSD untuk storan tambahan sehingga 256GB.

Yang menarik, Galaxy C9 Pro memiliki tiga slot kad, dua untuk kad sim 4G dan satu buat mikroSD. Ia tidak berkongsi slot, jadi ketiga-tiga kad ini boleh digunakan serentak.

Kamera belakangnya 16MP f/1.9 bersama dwi-LED Flash dan fokus PDAF yang pantas. Manakala kamera depan 16MP f/1.9 fokus tetap. Baterinya sebesar 4,000mAh, dicas melalui port USB-C dan menyokong pengecasan pantas Samsung.

Jika berminat, jangan lupa dapatkan diskaun 20% dengan membuat tempahan sekarang di stor Lazada Malaysia atau 11street. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy C9 Pro.

The post Tempah sekarang Galaxy C9 Pro dan dapatkan diskaun 20% appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2n4IWJf .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment