Tatiana Kumar Nandha dilucutkan gelaran Miss Malaysia World

Gelaran Miss Malaysia World yang disandang oleh Tatiana Kumar Nandha telah dibatalkan.

Tatiana Kumar Nandha

Tatiana Kumar Nandha

Organisasi mengambil keputusan melucutkan mahkota milik Tatiana selepas beliau didapati membuat komen ‘serangan’ dalam talian.

Pengumuman itu dibuat melalui akaun Instagram organisasi (@miss_world_malaysia), Isnin.

Posting tersebut, yang ditandatangani bekas pengarah kebangsaan Datuk Anna Lin menyatakan bahawa Tatiana, 18, telah melanggar tata cara dan kontrak.

Naib juara, Shweta Sekhon, 19, telah dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2016/17 yang baharu.

Ketika dihubungi, Lin menjelaskan bahawa Tatiana dan keluarganya telah membuat beberapa posting jelik mengenai organisasi Miss World Malaysia di internet dan media sosial.

“Ada formaliti tertentu, dan dia juga telah membuat satu perlanggaran melibatkan penaja penting. Ini telah membawa kepada penamatan kontrak,” kata Lin, yang bercakap dari London, Isnin.

Tatiana dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2016/17 pada Ogos tahun lepas.

Beliau mewakili Malaysia di pentas dunia dalam peringkat akhir di Maryland, Amerika Syarikat Disember lalu.

Lin adalah pengarah kebangsaan dan pemegang lesen rasmi untuk Miss Malaysia World 2013 hingga 2016.

Tetapi beliau telah mengumumkan untuk melepaskan peranannya pada Januari tahun ini, dengan alasan tempoh beliau telah berakhir.

Bapa Tatiana, Kumar Nandha, mengesahkan pada Isnin bahawa surat rasmi mengenai pelucutan gelaran telah diserahkan kepada anaknya melalui e-mel pada 3 Mac.

“Dia tidak melakukan sesuatu yang salah,” kata Kumar melalui telefon itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Sumber: Mstar

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mwDpxQ .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment