Super mCharge Meizu Pengecas Terpantas Di Dunia

Kapasiti bateri telefon masa ini semakin meningkat dan teknologi pengecasan pantas adalah sesuatu kemestian buat pengguna. Maka, Meizu telah membangunkan piawaian pengecasan pantas mereka sendiri yang dipanggil Super mCharge untuk bersaing dengan teknolog yang lain.

Mereka memaklumkan teknologi ini adalah yang terpantas dalam industri buat masa ini. Walaupun mengalirkan 55W masuk ke dalam bateri, Meizu masih berjaya mengekalkan suhu bateri pada tahap optimum. Bateri yang dicas teknologi hasil tangan Meizu ini suhunya tidak melebihi 38 darjah selsius, 6 darjah lebih kurang berbanding pesaing.

Walau bagaimanapun, Super mCharge memerlukan kabel dan pengecas khas untuk ia berfungsi. Keadaan ini sama seperti VOOC dan ia agak renyah kerana pengguna perlu sangat berhati-hati untuk tidak merosakkan komponen pengecas atau terpaksa mendapatkan yang baru. Quick Charge daripada Snapdragon pula tidak memerlukan kabel khas kerana semuanya terbina pada cip pemproses itu sendiri.

Kepantasan mengecas bateri diukur menggunakan unit kuasa (Watt). Kuasa adalah produk daripada arus (Ampere) dan voltan (Volt). Kuasa boleh ditingkat dengan menambah arus yang mengalir melalui litar. Tetapi, rintangan yang wujud akan menghasilkan haba yang akan merosakkan komponen elektronik. Maka, kunci pada pengecasan pantas adalah mencari titik ekuilibrium antara kuasa tertinggi tetapi pada suhu terendah.

Dalam kes Super mCharge, kuasa 55W diperoleh dengan mengalirkan arus 5A melalui litar bervoltan 11V. Setakat ini, masih belum ada mana-mana peranti Meizu yang menyokong Super mCharge. Adakah ini adalah satu vaporware daripada Meizu?

[Sumber: Meizu, Anandtech]

The post Super mCharge Meizu Pengecas Terpantas Di Dunia appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lW6Jdb .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment