KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Aktivis liberal, Siti Kassim enggan bersemuka dan berdebat dengan pakar perbandingan agama, Dr Zakir Naik, selepas pertemuan antara mereka berdua cuba diatur Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya.
Siti Kasim yang juga seorang peguam dalam status terbaharu di Facebooknya menganggap cadangan pertemuan itu sebagai bodoh dan beliau mahu pihak berkenaan berhenti membuang masa beliau.
“Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr Zakir Naik.
“Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi, berhenti buang masa saya,” katanya.
Selain itu, Siti Kasim turut mendakwa, dia dijadikan sasaran dalam isu gender.
“Fakta bahawa beberapa ‘keldai’ memilih saya dan Asiah amat ketara sekali sebagai isu gender. Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita,” katanya lagi.
Kenyataan Siti Kasim itu dipercayai merujuk kepada tindakan 19 aktivis liberal termasuk dia untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.
Semalam, Fathul Bari menyifatkan perjuangan Siti Kassim, hanya retorik semata-mata jika dia enggan bertemu pendakwah dan penceramah terkenal dunia, Dr Zakir Naik.
Fathul Bari memberitahu, pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik bersedia dengan cadangan beliau agar bertemu dengan Siti Kassim bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.
Maklum balas kesediaan Zakir itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Fathul Bari pada Jumaat lepas.
Perjuangan Siti Kassim hanya retorik jika enggan bertemu Zakir Naik
The post Siti Kassim enggan berdebat dengan Zakir Naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lPSZ4N .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment