KUALA LUMPUR, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merayu semua Ahli Parlimen menyokong RUU355 selepas seruan berasingan oleh kumpulan G25 agar wakil rakyat menolak usul itu.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Amini Amir Abdullah berkata, intipati usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, terkandung dalam titah Yang Di-Pertuan Agong ketika merasmikan Penggal Keempat Parlimen Ke-13 Isnin lalu.
“Kali terakhir ia dipinda pada tahun 1984 berupa peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1,000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah.
“Puak G25 tidak memahami bahawa sememangnya sudah sedia wujud 2 set sistem perudangan dan mahkamah yang berbeza iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah,” katanya.
G25 yang merupakan kumpulan bekas pegawai pencen kerajaan baru-baru ini merayu Ahli Parlimen agar tidak menyokong RUU355 dengan mendakwa ia tidak berpaksikan Perlembagaan Persekutuan.
Amini berkata, mereka perlu faham cadangan menambah hukuman terhadap pesalah syariah menerima sokongan umat Islam.
“Dan ia adalah hasrat majoriti umat Islam yang percaya dengan kedaulatan Islam sebagai agama negara,” katanya.
The post Perkasa gesa Ahli Parlimen sokong RUU355, hasrat majoriti umat Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mzC0qj .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment