Penduduk bertempiaran lari ketakutan, 'Dementor' muncul di ruang udara Zambia


KITWE, ZAMBIA - Penampakan satu bentuk yang menyerupai manusia di langit menggemparkan penduduknya sehingga ada yang bertempiaran lari kerana ketakutan, lapor Daily Mail

Bentuk yang menyerupai Dementor, watak dalam filem Harry Potter itu dilihat di ruang udara Mukuba Mall, Kitwe. 

Gambar yang viral di media sosial itu menunjukkan bentuknya yang lengkap dengan kepala seperti manusia terapung di langit dan dianggarkan berukuran lebih dari 100 meter panjang. 

Bentuk hitam itu yang dipercayai terbentuk hasil cantuman beberapa bahan di udara terawang-awang di ruang udara pusat beli-belah itu lebih setengah jam. 

Ada segelintir penduduk yang menyaksikan kejadian itu menganggap kehadiran bentuk itu adalah sebagai peringatan daripada Tuhan. 

Dementor - Harry Potter

 Seorang saksi berkata, "Kami terkejut melihat bentuk itu yang kelihatan seperti manusia di ruang udara selama hampir 30 minit. 

"Ada yang mula berdoa, tetapi ramai yang melarikan diri. Ianya sungguh pelik," katanya.


Bagaimanapun, bentuk berkenaan adalah layang-layang dan dipercayai gambar tersebut telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - The Reporter



Sumber : tasikbiruselatan
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment