“Pelakon tak boleh kerja kilang, mereka akan tertekan”- Jalil Hamid

Pelawak pada masa kini perlu berfikiran cerdas bagi memastikan mereka dapat bertahan dalam dunia komedi yang semakin mencabar, kata pelakon Jalil Hamid.

Jalil berkata bakat artis lama kini kurang dihargai menjadi punca kurang penampilan di televisyen. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Jalil, 59, berkata senario berkenaan berbeza dengan penonton yang mahu kurang berfikir menonton komedi akibat tekanan kehidupan seharian.

“Lawak sekarang berbentuk memaksa iaitu memaksa pelawak berfikir jika mahu melawak.

“Penonton pula sudah malas berfikir sebab tekanan kehidupan. Ruang kehidupan mereka pun sudah tertekan.

“Dengan masalah ekonomi dan jalan raya. Akhirnya mereka malas berfikir dan menonton sahaja,” katanya kepada ProjekMMO.

Pelakon filem “Driving School” diminta mengulas perbezaan lawak dahulu dan kini serta konsep lawak yang dekat dengan hati masyarakat.

Jalil berkata disebabkan pertandingan komedi kini sudah dijadikan acara tahunan maka kecerdasan dalam melawak menjadi pertaruhan.

“Jika dahulu lawak selamba dan sinikal. Benda yang dikaitkan dengan perbualan biasa boleh menjadi lawak.

“Gaya melawak sekarang pula lain dan berbeza. Sekarang pelawak perlu cipta dan berfikir. Itu cabarannya.

“Kadang-kadang kita dapat merasa lawak semasa janggal sedikit. Sebab dalam setahun berapa banyak pertandingan?

“Bila pertandingan, orang terpaksa mengekalkan kedudukan. Itu yang susah. Perlu ada idea baharu dan memaksa diri,” katanya.

Ditanya punca kini semakin kurang penampilan di televisyen, Jalil berkata bakat artis lama kini kurang dihargai.

Katanya, tawaran yang kurang setimpal sering menjadikan artis lama dipandang rendah dan kurang diambil berlakon.

“Sebagai artis senior, kalau kami letak harga, orang anggap kami tidak laku. Mereka anggap kami cukup sekadar RM1,000 atau RM2,000.

“Saya bukan mengagungkan bakat tetapi penghargaannya kurang. Itu jadi persoalan besar.

“Pelakon, kalau tidak berlakon, apa kerja mereka boleh buat? Mereka tidak boleh kerja kilang. Mereka akan tertekan.

“Orang akan tanya ‘tidak berlakon lagi?’ Sehari tidak apa. Kalau sebulan, mahu kena tumbuk. Kalau hari-hari orang tanya, dia akan terseksa,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mRw6Si .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment