Pedang cadang Siti Kassim debat dengan budak tahfiz, bukan Zakir Naik

MEMANG benarlah kata Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya, perjuangan Siti Kassim, hanya retorik sahaja, selepas enggan bertemu pendakwah dan penceramah terkenal dunia, Dr Zakir Naik.

Dia seorang peguam, yang bukan setakat memperbodohkan dirinya apabila menolak pertemuan itu yang dianggapnya cabaran bodoh yang membuang masanya. Tetapi dari segi tulisan dalam Facebooknya, dia dilihat agak sombong.

Cuba teliti apa ditulisnya:

Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr Zakir Naik. Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi, berhenti buang masa saya.”

Kata Siti Kassim lagi:

Fakta bahawa beberapa ‘keldai’ memilih saya dan Asiah amat ketara sekali sebagai isu gender. Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita.”

Siapakah keldai yang dimaksudkan oleh ‘peguam bijaksana’ itu?

Pedang sudah agak, Siti Kassim tak akan berani berdepan dengan pakar perbandingan agama itu. Sudah dasar perjuangan retorik, maka macam-macam helah diberi sehingga menganggap cadangan pertemuan yang baik itu, sesuatu yang bodoh dan membuang masanya.

Sebenarnya, Pedang ada cadangan baru kepada Siti Kassim jika dia takut untuk bertemu, berbual atau berdebat dengan Dr Zakir Naik. Pedang cadangkan Siti Kassim berdebat dengan budak tahfiz pun cukup. Itu saja tahap dia kalau nak bercakap soal agama. Bukan dengan Dr Zakir Naik. Bagaimana? Setuju?

Dia boleh ajak aktivis-aktivis liberal yang memohon perintah mahkamah bagi mengisytiharkan Dr Zakir Naik sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, untuk ikut serta, kalau dia sendirian takut berdebat dengan budak tahfiz.

Kalau bercakap pasal undang-undang, yalah, Pedang akui Siti Kassim pandai, tapi tak sebijak manapun, kerana dia bukanlah peguam kanan yang terkenal dengan kes-kes berprofil tinggi. Ternama? Ya! Memang Siti Kassim ternama. Kemunculannya secara tiba-tiba. Itupun dengan tingkah laku yang mendapat kecaman apabila mengangkat jari tengah kepada hadirin pada satu wacana ilmiah di Shah Alam.

Pada Siti Kassim, cukup-cukuplah memalukan diri sendiri, mak bapa, saudara mara. Orang bertanya anak siapa dia ni? Saudara siapa dia ni? Dan cukup-cukuplah memalukan bangsa Melayu, umat Islam dan rakyat Malaysia. Biarlah orang kafir saja yang menentang. Lagipun, sudah resam orang kafir tidak senang dengan Islam.

Apa yang dilakukan oleh Dr Zakir Naik adalah berdakwah di jalan Allah. Orang kafir marah sebab dalam berdakwah itu, ramai kaum puak mereka yang tertarik dengan hujah Dr Zakir Naik, lantas memeluk Islam. Yang awak turut dengki kenapa? Itu yang orang ramai sering bertanya.

Akhir kata, kalau Siti Kassim rasa tulisan ini kasar, Pedang minta maaflah. Pedang hanya nak Siti Kassim sedar. 19 orang yang tak sukakan Dr Zakir Naik, tetapi jutaan umat Islam mengalu-alukan kehadirannya.

Selama ini pun ada pembaca yang mengandaikan tulisan Pedang dalam mengupas beberapa isu dilihat agak kasar. Mereka kata kena berlembut. Pedang cuma boleh kata, ada masa lembut, ada masa kena keras.

Dalam al-Quran tidak disebut ‘orang bukan Islam’, tetapi disebut orang ‘kafir’. Perkataan ‘orang bukan Islam’ adalah bahasa sopan digunakan orang Melayu bagi merujuk kepada orang kafir. Tetapi, jika orang kafir itu tidak bersopan dengan kita, tidak bersopan dengan Islam, tidak bersopan dengan al-Quran dan Rasulullah SAW, maka Pedang tidak perlu bersopan dengan mereka.

Kata Pedang: Pedang nasihat Siti Kassim tak perlu nak sombong-sombong sebab bila mati kena orang tolong mandikan juga dan pakaikan pakaian. Orang tolong angkat lagi.


Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu.

The post Pedang cadang Siti Kassim debat dengan budak tahfiz, bukan Zakir Naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mJvdve .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment