PDRM sedia halang warga Korea Utara daripada tinggalkan Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bersedia dengan pihak berkuasa lain untuk melaksanakan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghalang semua warga Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.

“Ya, kita akan melaksakan arahan PM (Najib) itu”, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama melalui WhatsApp di sini.

Menurutnya, selain di Semenanjung Malaysia terdapat rakyat Korea Utara juga dilaporkan bekerja di Sarawak.

Perdana Menteri mengeluarkan arahan itu dari Jakarta sebagai tindak balas terhadap arahan Kementerian Luar Korea Utara yang menyekat rakyat Malaysia di negara itu daripada meninggalkan Korea Utara.

Semalam Duta Besar Korea Utara Kang Chol, yang diisytiharkan sebagai ‘Persona Non Grata’ oleh kerajaan Malaysia, meninggalkan Malaysia setelah diarahkan berbuat demikian oleh Kementerian Luar dalam tempoh 48 jam berkuat kuasa Sabtu lepas.

Kang Chol dilaporkan membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap Kuala Lumpur berhubung siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol, yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong-nam, pada 13 Februari.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia mengumumkan warga Korea Utara dikehendaki memohon visa untuk memasuki negara ini berkuat kuasa 6 Mac.

Jong-nam dilaporkan dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sebelum sempat berlepas ke Macau.- Bernama

The post PDRM sedia halang warga Korea Utara daripada tinggalkan Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mgTwPE .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment