Akhirnya atlet wanita muslim di seluruh dunia boleh tampil lengkap dengan pakaian sukan profesional setelah Nike mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Nike Pro Hijab.
Produk tersebut buat pertama kali di paparkan di dalam video kempen viral bertajuk, ‘What Will They Say About You?’ dan dijangka akan dilancarkan pada musim bunga tahun 2018.
“Nike Pro Hijab dianggarkan telah lebih setahun dalam pembikinannya, tetapi dorongan dapat dikenal pasti lebih meningkat serta anjakan budaya yang berterusan telah menunjukkan lebih ramai wanita yang berjiwa kesukanan,” kenyataan dari Nike.
Pro Hijab akan direka dari fabrik mesh ringan yang bercirikan lubang-lubang halus untuk memberikan pengudaraan yang optimum. Meskipun Nike sudah agak lama komited terhadap kepelbagaian dan baru-baru ini mereka baru sahaja melancarkan koleksi khas untuk mereka yang bertubuh besar, ini adalah pertama kali Nike ingin melancarkan item istimewa buat atlet wanita yang beragama Islam.
“Nike Pro Hijab telah dicipta setelah mendapat pendapat terus dari atlet-atlet sukan yang mana mereka memberitahu kami yang mereka memerlukan produk sukan yang profesional untuk mereka melakukan yang terbaik. Kami berharap di mana item ini akan menolong atlet di seluruh dunia untuk bersukan dengan baik,” kata Jurucakap Nike Global, Megan Saalfeld kepada Al Arabiya English.
The post Nike Buat Pertama Kali Perkenal Hijab Khusus Untuk Bersukan Buat Atlet Wanita Beragama Islam appeared first on EH!.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mW3aJf .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment