Menteri Kesihatan nafi kematian Jong-nam kerana serangan jantung

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam menegaskan bahawa kematian Kim Jong-nam pada 13 Februari lepas adalah bukan akibat daripada serangan jantung.

Beliau menafikan kenyataan terdahulu oleh kedutaan Korea Utara yang mendakwa kematian abang tiri kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-un adalah disebabkan serangan jantung dan bukan agen saraf VX yang digunakan penyerangnya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

“Pihak forensik kita telah memaklumkan kepada kita dan serangan jantung bukan punca kematian Jong-nam.

“Pihak Korea Utara mengatakan bahawa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung, saya tidak tahu siapa yang mereka maksudkan. Kita bercakap berdasarkan hasil bedah siasat, ia bukan disebabkan serangan jantung,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, persoalan yang lebih penting ketika ini adalah mengenal pasti identiti mangsa dan mengesan waris terdekat untuk menuntut mayat mendiang.

“Kita perlu DNA untuk mengenal pasti. Punca kematian bukan isunya. Apa yang penting adalah mengenal pasti mangsa, dan saya fikir DNA adalah cara terbaik.

“Melihat kes ini secara menyeluruh, polis juga berpendapat perkara sama. Untuk memuktamadkan identiti mayat, kita perlukan DNA,” katanya.

Sebelum ini, Jurucakap Kedutaan Besar Korea Utara di Malaysia, Ri Tong-il mempertahankan pendiriannya bahawa Jong-nam meninggal dunia kerana serangan jantung, bukan impak akibat serangan ejen saraf atau senjata kimia.

Ri berkata, rekod kesihatan mangsa sebelum ini menunjukkan Jong-nam mempunyai masalah jantung selain diabetes dan tekanan darah tinggi.

Jong-nam meninggal dunia pada 13 Februari lalu selepas diserang di aras pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Dua suspek wanita yang dipercayai melakukan perbuatan itu, iaitu warga Indonesia, Siti Aisyah,25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong,29.

The post Menteri Kesihatan nafi kematian Jong-nam kerana serangan jantung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lNtznf .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment