Bangi, 5 Mac - Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk beramal jariah. Jika sebelum ini ada pihak yang beramal dengan memberi petrol percuma, Mohd Zulhairi Zainol pula mahu membuat kebaikan dengan menawarkan perkhidmatan van jenazah percuma.
Perkhidmatan percuma itu ditawarkan oleh Zulhairi menerusi kumpulan Facebook Bandar Baru Bangi Community sebelum ia menjadi viral.
Menurut Zulhairi, perkhidmatan van jenazah percuma itu ditawarkan kepada golongan kurang berkemampuan yang boleh digunakan untuk membawa jenazah dari hospital ke rumah atau ke tanah perkuburan.
"Khimat PERCUMA van jenazah untuk golongan kurang berkemampuan jika berlakunya kematian, insha Allah saya akan membawa waris untuk membawa jenazah dari hospital ke rumah atau ke tanah perkuburan.
"Jika waris yang berkemampuan ingin menggunakan khimat van jenazah nie cukup lah sekadar isi petrol dan tol sahaja. Dan disertakan kit jenazah lengkap secara percuma." tulis Zulhairi.
Kata beliau lagi, van jenazah ini dijangkakan akan beroperasi sepenuhnya pada minggu hadapan.
Selain itu, beliau juga berkata kereta tersebut adalah sumbangan dari pengikut Facebook dan sebahagian warga bandar baru Bangi yang mengenali beliau.
"Semoga adanya van jenazah ni secara percuma dapat lah membantu jika ada yang memerlukan. Van nie adalah sumbangan dari seluruh followers facebook saya...dan sebahagian warga-warga bandar baru bangi yang mengenali saya.
"Insha Allah van jenazah ini akan beroperasi sepenuhnya minggu hadapan." tulis beliau.
Sumber : tasikbiruselatan
ADS HERE
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment