Keraguan intepretasi timbul jika Rukun Negara dijadikan mukadimah Perlembagaan

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Meletakkan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan akan membawa dan membuka peluang kepada intepretasi baharu yang mendatangkan keraguan serta disalah gunakan.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ia sebagai contoh perkataan cara hidup demokratik atau perkataan demokrasi yang tidak disebut langsung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun katanya, meskipun ia tidak disebut secara jelas, tetapi ciri-ciri demokrasi itu terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Demokrasi juga mempunyai pelbagai bentuk. Bagaimana Rukun Negara ini menjadi mukadimah kepada Perlembagaan? Bagaimana ia akan dibincangkan di mahkamah nanti? Bagaimana hakim-hakim akan membuat keputusan, demokrasi yang mana satu digunakan dalam mukadimah itu nanti?

“Ia akan membawa kepada perkataan lain yang mungkin akan membawa kepada pentafsiran yang lebih luas seperti menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya,” katanya dalam ‘Sidang Meja Bulat: Rukun Negara Mukadimah Perlembagaan Negara?’ di sini, hari ini.

Jelas beliau, jika hanya sekadar Rukun Negara dan tidak memberi impak kepada undang-undang Malaysia maka ianya tidak membawa masalah, namun apabila ia dijadikan salah satu daripada perkataan yang muncul dalam Perlembagaan, ia sebaliknya akan mengundang kesukaran.

“…….hakim-hakim kita perlu mentafsirkan perkataan liberal itu. Adakah ia berlawanan dengan konsep yang ada dalam agama Islam atau apa yang diamalkan ketika ini.

“Bagaimana tafsiran yang dibuat sebagai contoh tafsiran dalam mazhab Shafie adalah lebih ketat daripada mazhab lain dalam bidang tertentu. Adakah dengan adanya liberal dalam Perlembagaan kita perlu sentiasa memakai pandangan yang lebih liberal,” katanya.

Bercakap lanjut Zainul Rijal berkata, antara lima asas Rukun Negara adalah kepercayaan kepada Tuhan itu sendiri menimbulkan persoalan mengenai bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai agama seperti masyarakat Orang Asli dan pribumi di Sabah serta Sarawak.

“Sekiranya kepercayaan kita pada Tuhan ini dijadikan mukadimah Perlembagaan yang memberi impak kepada undang-undang dan akhirnya mungkin ada yang bincang bahawa semua rakyat Malaysia perlu percaya pada Tuhan.

“Bagi orang Islam kita tiada masalah. Islam itu sendiri menjamin kebebasan beragama termasuk mereka yang tida mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Kita tidak boleh paksa orang yang tidak percaya pada Tuhan memeluk agama Islam, menganut Kristian, Buddha dan Hindu,” katanya.

Justeru, katanya, tiada masalah untuk rakyat di negara ini meneruskan kehidupan meskipun sudah 60 tahun mencapai kemerdekaan, dan Malaysia juga tidak memerlukan Rukun Negara untuk dijadikan mukadimah kepada Perlembagaan.

“Sekiranya ada keperluan tertentu, saya kira banyak cara lain boleh digunakan selain menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah,” katanya.

The post Keraguan intepretasi timbul jika Rukun Negara dijadikan mukadimah Perlembagaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lNO8B1 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment