Kenapa bayar insurans jika akhirnya nanti anda sendiri tidak dibayar?

HARI ini, semua orang memerlukan insurans apabila tiba waktu kecemasan terutamanya melibatkan kesihatan dan kematian. Pemegang polisi sanggup membayar ratusan ringgit sebulan selama bertahun-tahun dengan harapan boleh membuat tuntutan apabila tiba waktunya.

Kenapa bayar insurans jika akhirnya nanti anda sendiri tidak dibayar?

Kenapa bayar insurans jika akhirnya nanti anda sendiri tidak dibayar?

Malangnya, ada antara mereka gagal mendapatkan tuntutan seperti dijanjikan ejen atas pelbagai alasan. Kenapa perkara ini boleh terjadi?

Adakah pemegang polisi tidak menyemak dan memahami terma dan syarat dengan lebih mendalam?

 

Sebelum ini kita sering mendengar pelanggan membuat tuntutan insurans palsu, tetapi adakah sekarang berlaku sebaliknya?

Oleh itu satu garis panduan khas berkaitan tuntutan insurans perlu diwujudkan bagi melindungi pemohon daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

Ikuti laporan Sorot minggu ini mengenai dilema pemegang polisi insurans.

Gagal dapat pembiayaan insurans selepas empat kali masuk wad

PEMEGANG polisi insurans atau takaful pastinya mengharapkan manfaat daripadanya apabila menghadapi saat-saat kecemasan seperti kemalangan, sakit dan kematian.

Namun pelbagai dakwaan yang mengaitkan syarikat insurans dan takaful hanya mencari keuntungan daripada pemegang polisi sewaktu mereka sihat sahaja.

Terdapat juga syarikat insurans dan takaful membatalkan polisi pelanggan mereka hanya disebabkan oleh penyakit yang dialami.

Bagi pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Samsuddin, 35, dia kecewa dengan tindakan syarikat insurans dan takaful terkemuka bertindak menidakkan haknya sebagai pelanggan.

“Saya ambil polisi kesihatan dan perubatan sejak 2014 dengan harapan jika berlaku apa-apa kepada saya, ia bakal membantu saya kelak.

“Kisah bermula pada April 2016 apabila saya mempunyai masalah berkaitan hati. Saya kerap berulang alik ke hospital sehingga kali ke lima saya di masukkan ke wad, saya terpaksa membayar sendiri bil hospital,” katanya.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Samsuddin menghubungi ejen insurans.

“Malangnya, saya menerima alasan daripada ejen insurans. Dia kata syarikat tak dapat memberikan kelulusan terhadap surat jaminan disebabkan oleh perubahan peraturan yang dibuat.

“Apa yang menghairankan saya, dalam terma dan syarat polisi itu tidak ada menyatakan berapa kali boleh masuk wad. Saya turut dimaklumkan peraturan itu telah dimuktamadkan untuk semua pemegang. Apa yang menjadi persoalan sekarang ini bagaimana peraturan itu dengan mudah boleh diubah,” katanya.

Samsuddin jelas kecewa dengan keadaan tersebut kerana kurang berkemampuan untuk menampung kos rawatan.

“Apa yang terjadi kepada saya adalah satu bentuk penindasan. Kita bayar setiap bulan untuk dapat manfaat sekiranya berada dalam keadaan tidak sihat.

“Bila sampai masa diperlukan, saya diperlakukan sebegini. Saya berharap orang ramai berhati-hati dengan taktik yang digunakan syarikat insurans dan takaful ini,” katanya.

 
 
Sumber: Sinar

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lN3HsC .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment