Isu tak lulus BR1M, SSM nafi

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan dakwaan individu yang mendaftarkan perniagaan dan menyertai Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan (1P1P) tidak layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

SSM dalam satu kenyataan, hari ini, berkata mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pemilik perniagaan tidak perlu menyerahkan penyata kewangan perniagaan mereka kepadanya.

Baca artikel sebelum: Kecoh! Ramai tak lulus BR1M kerana SSM

Justeru, katanya, pendaftaran perniagaan adalah tidak signifikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk mendapatkan data membabitkan percukaian.

“Pendaftaran perniagaan SSM tiada apa-apa maklumat berkaitan untuk disalurkan kepada LHDNM melainkan pemohon memaklumkannya.

“Sepertimana maklumat terkini yang dipaparkan di laman portal e-br1m, permohonan yang berstatus ‘tidak lulus’ tidak perlu hadir ke SSM untuk pengesahan.

“SSM percaya LHDNM mempunyai pendekatan terbaik serta penjelasan tersendiri dalam mengagihkan BR1M,” katanya.

SSM menjelaskan, pendaftaran perniagaan adalah tindakan mewujudkan entiti perniagaan sah di sisi undang-undang, kelayakan mengikat kontrak perjanjian dengan bank atau agensi kerajaan, membantu waris menuntut harta atau wang daripada perniagaan diusahakan dan melindungi pengguna serta peniaga daripada urus niaga tidak adil.

Mengulas lanjut, SSM berkata, individu memohon BRIM perlu menepati syarat pendapatan digariskan dan dianggap tidak layak apabila pendapatan isi rumah melebihi RM4,000 dan RM3,000 serta RM2,000 ke bawah bagi pemohon berstatus bujang.

Justeru, orang ramai dinasihatkan merujuk LHDNM atau mendapatkan maklumat lanjut di laman portal ebr1m.hasil.gov.my mengenai punca kegagalan permohonan mereka.

Pemohon yang gagal juga boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan, iaitu pada 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017 untuk permohonan rayuan BR1M 2017.

 

Sumber: BH Online

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mAEh55 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment