Ghost Recon Wildlands Menimbulkan Insiden Diplomatik Di Antara Bolivia Dan Perancis

Insiden politik yang hangat diperkatakan sekarang ialah di antara Malaysia dan Korea Selatan selepas kejadian pembunuhan Kim Jong Nam di KLIA2. Malaysia bertindak tegas mengusir duta Korea Utama dari negara kerana dipercayai terlibat. Sementara itu di Bolivia berlaku pula insiden diplomatik kerana permainan komputer Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands.

Kerajaan Bolivia memfailkan bantahan bertulis kepada kerajaan Perancis kerana permainan fiksyen ini memberikan gambaran buruk kepada negara Amerika Selatan ini. Di dalam Wildlands, Bolivia didakwa dikuasai oleh kartel dadah dan kerajaan yang korup. Bantahan diserahkan kepada kedutaan Perancis di La Paz kerana Wildlands dihasilkan oleh syarikat Perancis Ubisoft.

Pihak Ubisoft mengeluarkan kenyataan bahawa permainan ini adalah fiksyen dan tidak menggambarkan keadaan sebenar di Bolivia. Kerajaan Bolivia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ubisoft apabila permainan ini dilancarkan esok. Bolivia ialah negara ketiga di belakang Colombia dan Peru dalam penghasilan daun coca yang menjadi bahan mentah dadah kokain.


===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mKIC6r .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment