Gelang Pintar Fitbit Alta HR ditambah kuasa PurePulse

Fitbit pada hari ini, 7 Mac 2017 melancarkan kemaskini kepada gelang tangan penjejak kesihatannya yang sangat kecil, Fitbit Alta HR. Fitbit Alta sebelum ini dilancarkan pada setahun yang lepas, kini mempunyai fungsi pengesan denyutan nadi PurePulse dalam versi baru Fitbit Alta HR.

Fitbit Alta HR bukan sahaja boleh memantau aktiviti kecergasan pengguna seperti jumlah langkah dan kalori, tetapi kini ia juga boleh memantau kadar degupan jantung secara berterusan. Melalui aplikasi Fitbit di peranti mudah alih, pengguna boleh melihat maklumat terperinci aktiviti kecergasan seperti jenis senaman, zon turun naik degupan jantung masa sebenar, malah menjejak waktu tidur secara automatik.

Fungsi pengesanan waktu tidur Fitbit sememangnya sangat berguna. Baru-baru ini ia ditambah fungsi ‘Sleep Stages‘ dan ‘Sleep Insights‘. ‘Sleep Stages‘ boleh mengesan zon tidur penggna dari waktu tidur ringan, nyenyak, bermimi dan berjaga. Tidur yang baik sangat penting untuk menjaga kesihatan pengguna.

Sleep Insights‘ pula membantu memperbaiki kualiti tidur. Ia memahami kaitan antara tidur, senaman, diet, berat badan dan kadar degupan jantung, dan memberi nasihat yang bersesuaian. Seperti kekurangan tidur meningkatkan kelaparan, jadi tidur yang cukup perlu untuk menurunkan berat badan.

Fitbit Alta HR mengekalkan rekaan yang kecil ibarat gelang tangan. Semua fungsi sedia ada Alta masih terdapat di dalamnya, dengan tambahan teknologi PurePulse. Kini Alta HR boleh menjejak kadar degupan jantung, langkah, jarak dan jumlah kalori yang dibakar, secara automatik sepanjang masa. Ia juga boleh mengesan aktiviti kecergasan secara automatik seperti berjalan, berlari, berbasikal mahupun bersenam aerobik.

Sebagai peranti pintar, ia turut boleh memaparkan notifikasi panggilan, pesanan ringkas dan kalendar untuk memastikan anda kekal terhubung. Paling menarik adalah komuniti Fitbit, ruang untuk mencari inspirasi dan sokongan untuk mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang lebih baik.

Bateri pada Fitbit Alta HR mampu bertahan sehingga 7 hari. Ia akan mula dijual di Malaysia pada April 2017, menerusi pengedar seperti Lazada.com.my, EziBuy, Gizmart, Harvey Norman, Fotiken, Courts, Digital World, Gelant dan lain-lain.

Fitbit Alta HR akan dijual pada harga RM730, manakala Edisi Khas pula berharga RM820. Gelang tangannya boleh ditukar dengan mudah, dan dijual berasingan pada harga RM130 (klasik), RM250 (Kulit Luxe) dan RM420 (Besi Luxe).

Lebih banyak maklumat tentangnya boleh didapati di laman produk Fitbit Alta HR.

The post Gelang Pintar Fitbit Alta HR ditambah kuasa PurePulse appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mwAipU .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment