Gagal menahan diri, lelaki rogol lembu betina


THAILAND - Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan selepas didapati 'merogol' seekor lembu betina di siang hari, lapor Viral Press. 

Lelaki terbabit ditahan pihak polis selepas menerima laporan dari penduduk kampung di Lampang yang sebelum itu melihat lelaki itu mencium seekor lembu betina, kemudian 'merogol' haiwan tersebut. 

Menurut salah seorang penduduk kampung di situ berkata, mereka menyedari tingkah laku lelaki itu yang agak pelik dan kelihatan seperti mabuk. Namun sebaik saja dia melakukan perkara yang tidak senonoh itu, mereka terus menghubungi pihak polis untuk menahannya. 


Ketika ditahan, lelaki itu tidak melawan dan memberikan kerjasama. Malah masih mampu ketawa. Katanya, dia tidak dapat menahan dirinya yang tertarik pada lembu betina itu menyebabkan dia 'teransang'. 

Sebelum ditahan, lelaki itu dikejar oleh penduduk kampung selepas mendapati dia sedang 'merogol' haiwan tersebut. Suspek melarikan diri dan bersembunyi di dalam tandas sehingga polis tiba di lokasi kejadian untuk menahannya. 

Lelaki itu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat dan menjalani pemeriksaan kesihatan mental. - The Reporter
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment