Dua Lelaki Koma Dan Patah Leher Selepas Cuba Rogol Wanita Bekas Karate Sabah.

Kota Kinabalu ; Kejadian yang berlaku pada pukul 11.40 malam semalam, seorang mangsa yang dikenali sebagai Alice Lien Hua 20 tahun nekad berani mati menyerang dua orang lelaki yang bersenjatahkan pisau dipercayai berniat hendak meragut serta merogolnya.
Selepas kejadian itu, mangsa terus menghubungi seorang rakannya yang bertugas sebagai Criminal investigation department dikawasan Inanam sambil menceritakan kejadian tersebut kepada kami.
Sebelum kejadian itu mangsa mengatakan dia yang hendak pulang ke rumahnya sedang memandu seorang diri dari rumah saudaranya di penampang, ketika sampai di jalan Putatan berdekatan sungai Petagas mangsa (Alice) memberhentikan kenderaannya di tepi jalan itu kerana merasakan bahawa dia telah diekori oleh dua individu yang menunggang sebuah motor bermula dari Bandar Putatan.
Dia memberhentikan kereta sebentar ketika sampai di tempat kejadian bagi tujuan untuk memberikan laluan kepada dua individu yang seolah-olah mengekorinya dari belakang sebelum meneruskan perjalanan, namun ternyata  dua individu itu turut berhenti di hadapan kenderaanya dan terus menyuruhnya membuka cermin kereta.
Semasa Alice menceritakan pada pemberita, dia mengatakan bahawa pada masa itu dia langsung tidak berasa takut apabila dua orang itu memaksanya membuka cermin.
Malah dia terus keluar dari kenderaanya untuk bertanya apa yang mereka mahu, lalu seorang individu yang mempunya pisau di sebelah tangannya meminta duit namun Alice berkata ‘tiada’
Lelaki itu terus menarik tangan Alice seolah-olah mahu membawanya ke arah kawasan semak yang gelap, lalu seorang lagi individu itu terus meluluh masuk kedalam kenderaan mangsa untuk mengambil begnya.
Dari situlah terjadinya pergelutan sehingga mengakibatkan dua individu itu koma di tempat kejadian, sejurus selepas kejadian ada beberapa orang awam dan kenderaan berhenti menanyakan keadaan mangsa, dia mengatakan bahawa dia tidak mengalami apa-apa kecederaan cuma terkena 1 tumbukan yang tidak seberapa kuat di bahagian atas keningnya.
Terdapat seorang individu mengatakan bahawa dua orang tersebut merupakan penagih dadah di kawasan Petagas Kota Kinabalu.
Tiga orang anggota C.I.D yang sampai ke tempat kejadian mengesahkan identiti suspek itu merupakan pendatang asing dan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah. Kedua-dua suspek yang masih dalam keadaan koma pada waktu itu dibawa ke KPJ Luyang dalam tahanan penyiasatan manakala mangsa (Alice) dibawa ke pejabat polis Kota Kinabalu bagi membuat laporan penuh.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mKqYjd .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment