KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Bukit Aman berjaya menggagalkan rancangan dua anggota kumpulan militan IS yang mahu melancarkan serangan bom kereta secara besar-besaran menyasarkan kawasan Lembah Klang.
Kedua-dua suspek – juruteknik kilang berusia 41 tahun dan seorang petani warga Indonesia berusia 28 tahun – adalah antara tujuh yang ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara dan Selangor pada 21 hingga 26 Februari lalu.
Memetik laporan portal The Star, sumbernya sebagai berkata, militan warga Indonesia itu dipercayai mempunyai kepakaran dalam memasang bom, dan menerima arahan dari ketua IS terkenal, Mohamad Wanndy Mohammad Jedi di Syria untuk memasang ‘Vehicle-Borne Improvised Device’ (VBIED).
“Pihak polis telah memantau militan berkenaan sejak dia memasuki Malaysia pada 18 Februari lalu. Dia ditangkap sebelum dia berjaya mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk memasang VBIED,” kata sumber itu.
Rancangan suspek berkenaan gagal ekoran masalah komunikasi yang dihadapi dengan Mohammad Wanndy dan tindakan pantas yang dilakukan oleh pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek Malaysia dan Indonesia itu ditahan di Kepong pada 21 Februari lalu.
“Mereka telah diarahkan untuk menyediakan serangan VBIED secara besar-besaran di Malaysia sebelum ke Syria untuk menyertai IS di sana.
“Warga Indonesia itu pernah dihantar pulang dari Turki pada Jun tahun lalu selepas memasuki Syria secara haram,” katanya.
Beliau berkata, manakala lima lagi suspek militan ditahan di beberapa lokasi berlainan membabitkan seorang lelaki Asia Timur berusia 37 tahun, dan empat yang lain warga Yaman.
“Militan Asia timur itu memasuki Malaysia pada 2011 dengan menggunakan visa pelajar – dipercayai palsu- dan mendaftar di sebuah institusi pengajian tinggi di Lembah Klang.
“Dia dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas Asia timur yang menjadikan Malaysia sebagai pusat transit dan tempat persembunyian,” katanya.
Katanya, empat anggota militan Yaman itu ditahan di Cyberjaya pada 26 Februari lepas.
“Mereka disyaki menjadi sebahagian daripada puak pemberontak di Yaman. Mereka juga terlibat dalam sindiket yang pakar memalsukan dokumen perjalanan,” katanya.
Selain itu, polis turut merampas pasport antarabangsa dan mata wang asing bernilai RM270,000 dalam serbuan itu.
The post Bukit Aman berjaya patahkan rancangan militan IS bom Lembah Klang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mJMN2c .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment