Boleh kemuka rayuan BR1M sehingga 31 Mei

Mereka yang gagal dalam permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sudah dimaklumkan mengenai punca kegagalan melalui surat atau e-mel serta boleh mengemukakan rayuan sehingga 31 Mei ini dengan mengisi borang rayuan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan borang terbabit perlu disertakan bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji, penyata pendapatan, penyata akaun bank (syarikat atau persendirian) dan salinan kad pengenalan pasangan serta tanggungan terkini.

“Permohonan rayuan boleh dibuat secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.

“Merujuk kepada kegagalan permohonan yang berkaitan dengan data pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pemohon boleh membuat rayuan dengan mengemukakan penyata pendapatan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada LHDN dalam tempoh yang ditetapkan tanpa perlu mendapatkan apa-apa pengesahan daripada SSM,” katanya.

Berdasarkan kenyataan yang sama, penerima BR1M sedia ada yang ingin mengemas kini butiran seperti maklumat waris dan alamat surat menyurat juga boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN, PKH dan UTC terdekat.

 

Sumber: BH Online

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mfop5p .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment