“Bebaskan segera rakyat Malaysia”- Najib

Datuk Seri Najib Razak meminta kerajaan Korea Utara membebaskan segera semua rakyat Malaysia di negara itu.

Desakan itu susulan tindakan Pyongyang melarang semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara, seperti dilaporkan agensi berita KCNA.

Perdana Menteri berkata, penahanan rakyat Malaysia sebagai tebusan itu adalah tindakan terkutuk, selain melanggar semua undang-undang antarabangsa serta norma diplomatik.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, beliau juga mengarahkan Ketua Polis Negara menghalang rakyat Korea Utara daripada meninggalkan Malaysia, sehinggalah kerajaan memastikan keselamatan rakyat negara ini di Korea Utara.

“Malaysia komited mengekalkan hubungan dengan semua negara namun keselamatan rakyat negara ini tetap menjadi keutamaan, dan kami tidak teragak-agak mengambil apa jua langkah diperlukan jika mereka diancam.

“Kami mengharapkan satu resolusi secepat mungkin. Saya menyeru pemimpin Korea Utara membebaskan rakyat Malaysia bagi mengelakkan perkara ini menjadi bertambah buruk, ” katanya.

 

Sumber: BH Online

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mf9Ui3 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment